Hai semua. Hari ini saya akan kongsikan review untuk Nasi Atuk KFC.
Setelah KFC Crunchy Tandoori dikeluarkan, KFC telah mengeluarkan satu lagi menu baru, iaitu Nasi Atuk KFC. Rasanya nasi ni belum pernah dikeluarkan lagi sebelum ini.
Nasi Atuk KFC didatangkan dengan tiga pilihan, iaitu kombo 1 ketul ayam, kombo 2 ketul ayam dan filet zinger. Kesemuanya dijual pada harga yang berbeza. Kalau tak silap saya, harga untuk kombo 1 ketul ialah RM 12.99 (tolong betulkan kalau salah😅).
Jom kita lihat rupa Nasi Atuk KFC.
Nasi Atuk KFC |
Kombo 1 ketul ayam Nasi Atuk KFC terdiri daripada nasi lemak, sambal ikan bilis, kacang, 1 biji telur rebus dan 1 ketul ayam goreng KFC. Kuantitinya sederhana saja tapi cukup untuk membuatkan kita rasa kenyang.
Bagi review kali ini, saya akan kongsikan pendapat saya dan adik saya.
Kami sependapat yang nasi lemak KFC agak sedap rasanya. Rasa lemaknya cukup dan macam nasi lemak yang biasa kita makan. Dari segi tekstur nasi, saya suka nasinya yang agak lembik tapi bukanlah sampai tahap macam bubur. Adik saya pula lebih suka kalau nasinya keras sedikit. Tapi agak kecewa sebab dapat kerak nasi sedikit.
Untuk sambal ikan bilis pula, nampak macam sedikit tapi nasib baik cukup untuk nasi tu. Rasa sambal sedap cuma apabila tergigit ikan bilis, terasa masin sedikit.
Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:
Mungkin ada yang mengatakan agak mahal harganya untuk sepinggan nasi lemak. Jika kita ingin bandingkan harganya dengan nasi lemak yang dijual di luar, memang harganya jauh lebih mahal. Namun, jika kita bandingkan dengan harga makanan di restoran makanan segera, harganya boleh dikatakan harga standard.
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Cheezy dan Spicy BBQ
Review KFC Cheezy Rice Bowl
Review KFC Crunchy Tandoori
Nasi Atuk KFC:
Rasa- 4.8
Rupa-4.8
Kuantiti-4.0
Harga-4.0
Jumlah: 4.4 daripada 5 bintang
Mungkin ada yang mengatakan agak mahal harganya untuk sepinggan nasi lemak. Jika kita ingin bandingkan harganya dengan nasi lemak yang dijual di luar, memang harganya jauh lebih mahal. Namun, jika kita bandingkan dengan harga makanan di restoran makanan segera, harganya boleh dikatakan harga standard.
Sejujurnya, Nasi Atuk KFC ni boleh dikatakan antara menu baru yang sedap dan berbaloi dengan harganya.
*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif).
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Cheezy dan Spicy BBQ
Review KFC Cheezy Rice Bowl
Review KFC Crunchy Tandoori
sedap juga nasi atuk kfc ni. sambal pun sedap juga tak pedas sgt :)
ReplyDeleteBetul tu.
Deletesedap ye? baru mlm td lagu cinta kita promote nasi atok ni.. kalau banding dgn nasi lemak mcd mana lebih sedap? sbb anak akak suka ns lemak mcd
ReplyDeleteBagi kami, nasi atuk ni lagi best. Sambal tak pedas sangat dan ada ikan bilis dalam sambal😁.
DeleteBelum cuba lagi nasi ni. Nanti nak cuba la.
ReplyDeleteDah cuba nanti bolehlah buat review, ABM😊.
DeleteKenapa sy sorg je dan sorg lg family member sepakat rasa sambal dia tak sedap langsung? Tak baloi beli aritu, baik sambal sy masak sendiri better tasting (dan sy bkn pandai masak mcm chef pon). Sambal dia mcm ada rasa pelik like terlebih MSG ke apa...
ReplyDeletewak pon penah rasa nasi atuk ni cuma sambal dia agak masin.. 😅
ReplyDeleteMungkin sebab ikan bilis tu.
Delete