Hai semua. Untuk entri kali ini, saya akan review novel Sorok karya Zura Anwar.
Novel ini saya beli melalui Shopee pihak penerbit, iaitu Dear Novels. Secara kebetulan ada diskaun, jadi saya beli dengan harga RM 15.60. Saya beli dengan dua buah novel yang lain dan saya akan review juga dalam masa yang terdekat.
Untuk pengetahuan semua, Sorok merupakan karya kedua penulis Zura Anwar. Tanpa melengahkan masa, jom kita baca review untuk novel Sorok ini.
Sorok Karya Zura Anwar |
Penulis: Zura Anwar
Genre: Psiko thriller
Tahun terbitan: 2019
Penerbit: Dear Novels
Harga: RM 23
Mukasurat: 242
Review:
Baca review novel yang lain:
-Permainanan Maut karya Zura Anwar
-Psiko karya Rosa Nur
-Diam karya Zura Anwar
Review:
Novel Sorok mengisahkan tentang Lana yang menyimpan rahsia besar dengan rakan-rakannya. Mereka dikenali sebagai Geng Diva di sekolah dan suka membuli seorang murid bernama Pete.
Permulaaan novel memfokuskan kepada babak imbas kembali semasa zaman persekolahan Lana. Penulis menceritakan tentang tingkahlaku Geng Diva dan kes buli yang mereka lakukan. Pada suatu hari, Geng Diva membuli dengan cara yang lebih ekstrem, lalu Pete hilang dan gagal dikesan walaupun sudah 20 tahun berlalu.
Semasa sekolah menengah, Lana mula menghadapi depresi dan kebimbangan yang melampau. Dalam pada waktu yang sama, dia terputus hubungan dengan rakan-rakannya. Setelah dewasa dan bekerja, dia sering mengalami kejadian pelik di tempat tinggalnya dan dia teringat akan rahsia besar yang disimpan selama ini.
Satu-satunya orang yang Lana percaya untuk meluahkan apa yang dirasai ialah Nia. Mereka berdua adalah dua orang yang cuba untuk membebaskan diri daripada masalah depresi. Perkara yang lebih menakutkan bermula selepas Lana bertemu kembali dengan ahli Geng Diva, iaitu May. Mereka berjaya menjejak semua ahli Geng Diva dan merancang untuk reunion.
Semasa reunion tersebut, ada beberapa perkara yang mencurigakan. Contohnya, lokasi dirahsiakan, semasa perjalanan Lana tertidur dan mereka perlu melalui jambatan gantung. Selain itu, dia juga diminta untuk menyerahkan telefonnya kerana Reannie mengatakan mereka harus fokus kepada percutian tersebut.
Pada awalnya, semuanya dipenuhi dengan kegembiraan. Namun, tiba-tiba rakan-rakan Lana mula hilang. Reannie ialah orang pertama yang hilang dan ditemui mati. Lana mengesyaki Pete cuba membalas dendam tapi mereka tidak menemukan orang lain dalam rumah tersebut.
Semasa membaca, ada seseorang yang saya syak sebagai suspek tapi tak pasti bagaimana dia lakukannya. Macam biasa ada plot twist yang tak disangka-sangka. Bahagian pertengahan novel semakin mendebarkan terutamanya apabila Lana cuba menyelamatkan diri.
Debaran semakin terasa setelah Lana mendapat satu berita mengejutkan daripada teman lelakinya, Dean. Dalang kepada semua peristiwa pelik dan mengerikan itu sangat bijak menyembunyikan identitinya.
Pengajaran:
- Bertimbang rasa dalam bertindak. Geng Diva sepatutnya bertimbang rasa dan tidak membuli rakan sekolah mereka, Pete.
- Selidik sebelum mempercayai sesuatu. Lana seharusnya selidik terlebih dahulu lokasi percutian mereka dan tidak mempercai rakan-rakannya yang baru saja ditemui semula.
- Dapatkan rawatan untuk masalah kesihatan. Lana mendapatkan rawatan untuk masalah depresi dan kebimbangan yang dialaminya dan sentiasa menyuarakan apa yang dirasai melalui sesi terapi. Kesihatan mental bukan sesuatu yang mudah dikesan seperti kesihatan fizikal, jadi ramai sering membiarkannya tanpa rawatan.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada novel ini. Sebuah karya yang menarik dengan adanya unsur saspens dan cara penceritaan yang baik. Sesuai untuk peminat novel bergenre thriller.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada novel ini. Sebuah karya yang menarik dengan adanya unsur saspens dan cara penceritaan yang baik. Sesuai untuk peminat novel bergenre thriller.
Baca review novel yang lain:
-Permainanan Maut karya Zura Anwar
-Psiko karya Rosa Nur
-Diam karya Zura Anwar
Comments
Post a Comment