Hai semua. Hari ini saya akan review novel Permainan Maut karya Zura Anwar.
Disebabkan novel ini sudah kehabisan stok, maka saya hanya beli versi ebook. Saya tertarik untuk beli selepas membaca karya penulis Zura Anwar sebelum ini. Maaf kalau tiada gambar sebab saya tak ada buku fizikal.
Jom kita baca review untuk novel ini.
Judul: Permainan Maut (ebook)Penulis: Zura Anwar
Genre: Thriller
Tahun terbitan: 2020
Penerbit: Siti Syazurah
Harga: RM 10
Mukasurat: 201
Review:
Review:
Novel Permainan Maut ini sebenarnya diinspirasikan daripada permainan popular, iaitu Among Us. Disebabkan saya tahu serba sedikit tentang permainan tersebut, jadi agak mudah untuk saya faham peraturan permainan dalam novel ini.
Secara ringkasnya, permainan Penyamar dimainkan oleh 10 orang pemain. 9 orang adalah pemain yang perlu melaksanakan misi khas dan 1 orang adalah penyamar yang perlu membunuh pemain lain. Permainan tamat apabila pemain berjaya menyelesaikan misi, pemain berjaya meneka siapakah penyamar atau apabila penyamar berjaya membunuh 9 pemain lain.
Pada permulaan novel, penulis memperkenalkan 10 watak pemain dan juga tujuan mereka menyertai permainan Penyamar. Terdapat dua watak yang seolah-olah terdesak untuk mendapatkan duit kemenangan 1 juta ringgit.
Namun, selepas saya membaca karya penulis Zura Anwar sebelum ini, saya tidak rasa beliau akan membiarkan pembaca meneka dengan begitu mudah. Ketika saya membaca novel ini, terdapat beberapa teori yang saya fikirkan.
Kalau novel ini diadaptasikan kepada drama, memang lebih suspen dan penuh debaran terutamanya apabila satu-persatu pemain dibunuh oleh penyamar. Semakin lama, semakin banyak konflik kerana masing-masing sudah hilang kepercayaan kepada pemain lain.
Seperti yang dijangkakan, memang ada plot twist pada penghujung novel. Penyamar memang watak yang tidak dijangka dan dia juga tidak kelihatan terdesak untuk mendapatkan duit. Sebahagian daripada teori saya tepat. Memang mengerikan apabila wang boleh mengubah manusia menjadi seorang yang kejam. Etika dan undang-undang sanggup dilanggar untuk kepentingan sendiri.
Pengajaran:
- Jangan menilai seseorang dari luarannya. Berhati-hati dengan apa yang kita lihat dengan mata kasar kerana ada orang yang bijak menyembunyikan personaliti mereka yang sebenar.
- Selidik dahulu sebelum melakukan apa-apa. Para pemain seharusnya menyelidik terlebih dahulu tentang permainan Penyamar dan tidah terburu-buru membuat keputusan hanya kerana hadiah yang ditawarkan.
- Jangan mudah diperdaya oleh wang. Penyamar tidak sepatutnya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Ada banyak sumber yang halal dan lebih baik untuk mendapatkan wang.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada novel ini. Cara penceritaan yang digunakan penulis mudah difahami dan penamatnya tidak klise. Tapi rasa tak puas baca sebab hanya 201 muka surat je. Kalau ada sambungan di mana para pemain cuba mencari penganjur permainan dan menghalang orang lain daripada menjadi mangsa mesti menarik.
Baca review novel yang lain:
-Diam karya Zura Anwar
-Psiko karya Rosa Nur
-Yang Tersembunyi karya Khairul Ahmad
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada novel ini. Cara penceritaan yang digunakan penulis mudah difahami dan penamatnya tidak klise. Tapi rasa tak puas baca sebab hanya 201 muka surat je. Kalau ada sambungan di mana para pemain cuba mencari penganjur permainan dan menghalang orang lain daripada menjadi mangsa mesti menarik.
Baca review novel yang lain:
-Diam karya Zura Anwar
-Psiko karya Rosa Nur
-Yang Tersembunyi karya Khairul Ahmad
Best gila baca novel ini.. laju penceritaan dia dan penuh debaran..
ReplyDeleteBetul tu, Kak Sha.
Delete