Hai semua. Berjumpa lagi kita dalam sesi review buku. Hari ini saya akan kongsikan review novel Ghairah karya Zura Anwar.
Novel ini saya beli secara langsung dari pihak penerbit, iaitu Dear Novels melalui Shopee. Disebabkan ada diskaun, novel ini hanya berharga RM 10.
Sebenarnya, novel Ghairah merupakan novel pertama penulis Zura Anwar dan novel keempat beliau yang saya baca. Novel ini juga telah diadaptasi kepada telefilem.
Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat review untuk novel Ghairah ini.
Ghairah Karya Zura Anwar |
Judul: Ghairah
Penulis: Zura Anwar
Genre: Psiko thriller
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Dear Novels
Harga: RM 23
Mukasurat: 249
Review:
Baca review novel yang lain:
-Permainanan Maut karya Zura Anwar
-Diam karya Zura Anwar
-Sorok karya Zura Anwar
Review:
Novel Ghairah memfokuskan kepada kehidupan seharian Dani selepas dia hilang ingatan akibat kemalangan. Dia tinggal di sebuah rumah di pinggir bandar bersama isterinya, Ara.
Perkara yang mencurigakan mula berlaku setelah Dani pulang ke rumah dan cuba menyesuaikan diri dengan rumahnya. Namun, Ara meyakinkan Dani yang semuanya baik-baik saja.
Kalau dibandingkan dengan karya-karya lain Zura Anwar, novel ini kurang unsur saspen dan thrillernya. Mungkin kerana wataknya tidak ramai dan lebih memfokuskan kepada watak Dani. Babak yang sangat mencemaskan dan mendebarkan pula agak lambat dimasukkan.
Dari segi latar tempat pula, kebanyakan babak adalah di rumah Dani dan Ara. Walaupun bilangan latar tempat adalah terhad, penulis bijak menggambarkan suasana seram atau misteri terutamanya apabila banyak perkara tentang rumah tersebut tidak diingati oleh Dani.
Apabila membaca plot twist di penghujung novel, saya tidak menjangkakan pengakhiran yang sedemikian. Rupa-rupanya, kedua-dua Ara dan Dani menyimpan rahsia yang tersendiri. Hanya sebahagian daripada tekaan saya yang betul.
Pengajaran:
- Berhati-hati dalam bertindak. Dani seharusnya berhati-hati sebelum bertindak walaupun dia ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di rumahnya.
- Menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ara menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik. Dia membantu Dani menguruskan hal yang penting ketika Dani sakit.
- Berfikir secara rasional. Kita seharusnya berfikir secara rasional dalam bertindak. Jangan sesekali membuat keputusan mengikut perasaan.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 8.5/10 bintang kepada novel ini. Novel ini sesuai untuk mereka yang inginkan pembacaan santai dan baru mengenal genre psiko thriller.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 8.5/10 bintang kepada novel ini. Novel ini sesuai untuk mereka yang inginkan pembacaan santai dan baru mengenal genre psiko thriller.
Baca review novel yang lain:
-Permainanan Maut karya Zura Anwar
-Diam karya Zura Anwar
-Sorok karya Zura Anwar
Murahhh harganya! Macam menarik untuk dibeli sebab memang minat dengan novel yang psiko thriller ni. Boleh tahu nama kedai yang jannah beli di shopee? Hehehe
ReplyDeleteMemang murah sebab penerbit buat promosi. Saya beli di kedai buku dn (Kedai Buku Dear Novels).
DeleteAlright thank youu jannah! :)
DeleteNak beli kena tunggu promosi dulu lahhh hehehe
You're welcome.
Deletebest juga tengok telemovie dia tapi novel ni tak pernah baca lagi..hehe
ReplyDeleteBolehlah baca novelnya pula lepas ni.
Delete