Review Mini Novel Dia Lelaki Idaman Malaya

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya akan review novel Dia Lelaki Idaman Malaya karya Syamnuriezmil.

Sebenarnya, dulu saya selalu buat review karya-karya penulis Syamnuriezmil. Tapi disebabkan kekangan masa, saya hanya baca tanpa membuat review. Mini novel Lelaki Idaman Malaya ni, saya beli bersama dengan mini novel Lamaran Ramadan (buku terbaru) dan novel PA Untuk Dia.

Saya memang tunggu buku baru keluar dan beli beberapa novel sekaligus sebab dapat jimat kos postage. Seperti biasa, penulis Syamnuriezmil memang akan beri free gift kepada pembeli novel beliau. 
Untuk pembelian novel kali ini, saya dapat penanda buku yang cantik dan menarik. Penanda buku tu nampak macam gelang/rantai. Kreatif betul orang yang reka penanda buku versi moden ni. Selalunya dapat penanda buku kertas.

Jom kita baca review bagi mini novel ini.

Dia Lelaki Idaman Malaya Karya Syamnuriezmil

Judul: Dia Lelaki Idaman Malaya
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2017
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 26
Mukasurat: 310

Review:
Mini novel ini mengisahkan tentang Juliya Nour yang diselubungi rasa ingin tahu setelah pertemuannya dengan Don Wazien Aidan aka Don Juan. Wazien mengatakan bahawa Juliya berhutang dengannya sebanyak 20 sen dan pertemuan mereka adalah pertemuan yang keenam.

Namun, Juliya langsung tidak ingat tentang Wazien dah hutang tersebut walaupun dia memang seorang yang menitik beratkan tentang hutang-hutangnya. Selain itu, Wazien meletakkan banyak syarat untuk Juliya membayar semula 20 sen itu.

Selepas setiap pertemuan dengan Wazien, banyak perkara baru yang Juliya dapat tahu. Rupa-rupanya, kemalangan yang dialami Juliya menyebabkan dia hilang sebahagian daripada memorinya. Apabila baca mini novel ni, pembaca ternanti-nanti apakah cerita sebenarnya antara Juliya dan Wazien.

Selain daripada watak Wazien dan Juliya, terdapat watak lain yang menceriakan lagi mini novel ini, iaitu Solehah (Sol) dan Alawiyah (Awie). Mereka adalah sahabat yang sentiasa mendengar cerita-cerita Juliya tentang Wazien.

Boleh dikatakan novel ini tiada watak antagonis yang kejam. Penceritaan memang tertumpu kepada Juliya. Tapi ada dua watak lelaki yang diperkenalkan dan memberi persaingan kepada Wazien. Khair (bekas tunang Juliya) dan Isaac Ibrahim (dikatakan kenalan Juliya di universiti tetapi Juliya tidak mengingatinya) membuatkan Juliya tidak tahu siapa yang harus dia pilih.

Jalan cerita semakin menarik apabila semakin banyak misteri yang berjaya diselesaikan. Rasa tak sabar untuk baca bab-bab seterusnya untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi. Konflik pun tidaklah terlalu berat sebab mini novel bukanlah panjang sangat berbanding novel. Apa-apa pun nasib baik penulis berikan happy ending

Pengajaran:
- Minta pendapat daripada beberapa pihak. Untuk menyelesaikan misteri tentang Wazien dan hutang 20 sen tersebut, Juliya tidak bertindak terburu-buru. Dia meminta pendapat sahabat-sahabatnya sebelum membuat tindakan.
- Tidak mudah berputus asa. Wazien tidak berputus asa untuk mendapatkan Juliya setelah pulang dari London. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Wazien agar Juliya dapat menerimanya.
- Bantu sahabat yang memerlukan bantuan. Sol dan Awie sentiasa memberikan nasihat kepada Juliya kerana mereka tidak mahu Juliya tersalah membuat pilihan. Sebagai seorang sahabat yang baik, tidak semestinya kita kena setuju dengan semua yang sahabat kita ingin lakukan. Ada masanya kita perlu membimbing mereka agar tidak tersalah langkah.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada mini novel ini. Tak bosan baca sebab banyak kemungkinan kepada setiap misteri yang ada. Penulis pun hanya bagi klu sedikit demi sedikit supaya pembaca terus membaca sehingga ke bab akhir.

Baca review mini novel yang lain:
-Aku Yang Dia Halalkan
-Papa Chef
-Dating Miss Millionaire

Comments

  1. nice review.
    aida perasan buku ni, Jannah.
    anak sulung kaki novel, ibu nya tak :) hi hi hi...
    nama penulis sgt familiar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Syamnuriezmil ni nama penulis yang selalu kita dengar sebab banyak karya beliau diadaptasi kepada drama.

      Delete
  2. Minat dengan penulis ni! Tapi tak tahu pulak dia ada mini novel ni. Boleh la riki riki lepas ni, sebab dah lama tak baca novel hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulis ni memang ada keluarkan mini novel tapi cuma dijual di kedai buku beliau, The Chapter Bookstore.

      Delete
  3. SAya pun minat membaca, tapi buat masa ni kena fokus perkara lain dulu. BAnyak novel yang beli tak sempat baca lagi. tunggu giliran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kadang-kadang tak sempat nak baca terus lepas beli sebab kekangan masa.

      Delete

Post a Comment