Review Mini Novel Papa Chef Karya Syamnuriezmil

Hai semua. Dah lama rasanya saya tak buat entri review novel. Asyik tulis entri resepi je sekarang ni😂. Jadi, hari ni saya nak review mini novel Papa Chef (PC) karya Syamnuriezmil.

Sebenarnya, mini novel ni terbitan Februari 2020 tapi saya baru dapat bulan lepas. Memandangkan Syamnuriezmil keluarkan t-shirt untuk novel ni, saya pun tunggu t-shirt siap dulu. Tiba-tiba pula PKP dilaksanakan. Semasa PKPP, barulah saya minta beliau poskan.

Harga t-shirt PC ialah RM 20. Kos Pos Laju pula ialah RM 8. Saya beli sekali dengan mini novel 14 Hari yang berharga RM 28. Yang menarik kali ni adalah free gifts yang disertakan. Fabric mask untuk 14 Hari manakala senduk nasi untuk PC.

Papa Chef dan 14 Hari

Jom baca review untuk mini novel Papa Chef.

Papa Chef karya Syamnuriezmil

Judul: Papa Chef
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta, kekeluargaan
Tahun terbitan: 2020
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 28
Mukasurat: 476

Review:
Mini novel PC mengisahkan tentang perjalanan hidup Khaleef dan Aya yang hidup berjiran. Khaleef berpindah ke rumah bersebelahan dengan rumah Aya kerana ingin melarikan diri daripada keluarganya. Pada mulanya, hubungan Khaleef dengan Aya dan Tiya (anak Aya) tidak begitu baik.

Apabila Khaleef cuba berbaik-baik dan mula sukakan Aya, Aya pula seolah-olah cuba meletakkan had dalam hubungan mereka. Disebabkan Aya ni seorang ibu tunggal, dia dah biasa hidup berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Jadi, Khaleef pun bekerjasama dengan Tiya supaya Aya membenarkan dia dan Tiya berkawan.

Namun, Aya memberi sedikit kebenaran setelah satu insiden yang menimpa Tiya. Dalam situasi tersebut, kita dapat lihat bukan mudah sebenarnya menjadi ibu bapa apatah lagi menjadi ibu/bapa tunggal.

Selain itu, kehidupan pasangan yang berpoligami juga dipaparkan dalam novel ni. Agak menyedihkan apabila isteri pertama mengawal suami sehinggakan isteri kedua dinafikan haknya. Bukan mudah untuk seorang suami dan ayah bersikap adil kepada dua keluarga yang berbeza.

Di pertengahan novel, kita dapat lihat kesungguhan Khaleef untuk menawan hati Aya. Bahagian yang paling best ialah apabila Aya cabar Khaleef untuk jaga Tiya selama sebulan tanpa melakukan apa-apa kesilapan. Memang kita boleh nampak kesungguhan Khaleef sampai dia sanggup terus menetap di Kedah dan membeli restoran untuk membuka perniagaan di sana.

Perjalanan cerita lebih menarik dengan adanya watak Mak Lang Pin, iaitu jiran mereka berdua. Kita dapat lihat betapa eratnya semangat kejiranan antara mereka bertiga. Sikap suka bertukar-tukar juadah ditunjukkan dalam novel ni. Mungkin disebabkan Mak Lang Pin ni tinggal bersendirian dan kehadiran Khaleef dan Aya mengubat kerinduan terhadap anak-anaknya. Khaleef dan Aya pula melayan Mak Lang Pin seperti ibu mereka. Watak Noh yang merupakan pekerja merangkap 'penasihat' Khaleef memeriahkan lagi jalan cerita.

Walaupun Aya sudah lebih menerima Khaleef berbanding sebelumnya, terdapat cabaran lain pula yang harus mereka hadapi. Tiba-tiba, ada sejarah lama yang terbongkar dan terdapat pelbagai tentangan yang mereka terima. Kalau nak tahu siapakah yang menentang hubungan mereka dan adakah mereka mampu menempuhi segala cabaran dengan jayanya, kenalah baca mini novel PC.


Pengajaran:
- Jangan bermusuh dengan orang lain. Mini novel PC membuktikan bahawa bermusuhan merugikan banyak pihak. Apabila dua pihak bermusuhan, permusuhan tersebut bukan sahaja melibatkan mereka berdua tetapi keluarga dan kenalan mereka juga. Kebahagiaan seseorang mungkin terhalang kerana permusuhan keluarga.
- Bersikap adil. Seorang ketua keluarga sepatutnya bersikap adil. Hubungan kekeluargaan yang renggang mungkin disebabkan oleh sikap ketua keluarga yang berat sebelah.
- Memupuk semangat kejiranan. PC menunjukkan bahawa semnagat kejiranan sangat penting kerana jiran merupakan 'keluarga' terdekat kita. Contohnya, kehidupan Aya dan Khaleef dipermudahkan dengan adanya Mak Lang Pin yang melayan mereka seperti keluarganya sendiri.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini.

Baca review mini novel yang lain:
-Jangan Bising
-Today I Marry My Best Friend
-Dating Miss Millionaire

Comments

  1. jarang2 awak review novel ya..heheh nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu selalu buat review novel. Masa buat fyp tak sempat dah nak buat review novel😅.

      Delete
  2. macam best je..lama tak baca buku syamnuriezmil

    ReplyDelete
  3. novel2 Syamnuriezmil semuanya best2...and lagi best dia suka kasi gift utk readers dia and she is so friendly... eh..suka la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau beli dengan Syamnuriezmil, mesti dapat gift.

      Delete

Post a Comment