Resepi Sandwic Telur Mayones, Sesuai Untuk Sarapan

Hai semua. Rasanya saya sering kongsikan resepi lauk-pauk di blog ini. Namun, entri hari ini agak berbeza. Saya akan kongsikan resepi untuk sarapan, iaitu resepi sandwich telur mayones.

Dulu saya jarang makan roti untuk sarapan. Biasalah orang Pantai Timur selalunya makan sarapan yang berat sikit macam nasi goreng. Namun, semasa di Melaka saya mula membiasakan diri sarapan dengan roti (sandwich). 

Sandwich telur mayones ni memang pilihan utama saya kalau ke mini market di dalam kampus. Apabila dah balik ke Pahang ni, teringin pula nak makan sandwich tu. Jadi, saya dan adik saya pun buatlah sandwich telur mayones versi kami.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Roti gandum penuh/roti putih Gardenia
2 biji telur rebus
Garam-secukupnya
Mayones-secukupnya
Serbuk lada sulah-secukupnya
Timun-dipotong dadu

Cara memasak
1. Hancurkan telur dalam satu mangkuk.

2. Masukkan mayones dan garam.

3. Masukkan serbuk lada sulah dan gaul hingga sebati.

4. Sapukan campuran telur dan mayones tadi ke atas roti.

5. Taburkan timun ke atas roti.

6. Letakkan roti lain ke atas roti tadi dan potong kepada dua bahagian.

7. Hidang sandwich telur yang telah disediakan.

Sandwich Telur Mayones

Sebenarnya, boleh hasilkan banyak lagi sandwich dengan dua biji telur rebus tu cuma saya tak masukkan semua dalam gambar😂. Saya guna roti gandum penuh tapi kalau nak guna roti putih pun boleh.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan apakah sandwich kegemaran anda di ruangan komen.

*Versi video ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. sama la kita dulu suka sangat makan nasi goreng sekarang dah bertukar ke sandwich pula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari ada kelas atau bekerja, dapat jimat masa untuk sediakan sarapan.

      Delete
  2. Favourite ni.. campur 1 lg lapisan tuna pn sedap.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, tak pernah cuba lagi gabungan kedua-duanya sekali.

      Delete
  3. buat sandwich ni mudah kan. lagi kalau roti wholemeal ni, memang boleh la kenyang perut :P

    ReplyDelete

Post a Comment