Hai semua. Bersempena dengan ulang tahun blog TWJ yang bakal tiba tidak lama lagi, saya akan kongsikan tips berkaitan dengan blogging. Untuk entri hari ini, saya akan fokuskan kepada tips untuk menulis entri blog secara konsisten.
1. Minat apa yang anda lakukan
Salah satu perkara yang dapat mendorong kita untuk konsisten dalam melakukan sesuatu adalah minat kita. Apabila kita ada minat yang mendalam dalam dunia blogging, kita tetap akan mencari masa untuk menulis walaupun kita sibuk dengan komitmen lain.
2. Tetapkan target untuk dicapai
Anda boleh tetapkan target berapa entri blog yang ingin ditulis setiap minggu dan pastikan anda capai target tersebut. Contohnya, saya tetapkan untuk tulis satu entri setiap hari pada minggu yang tidak sibuk dan 3-5 entri pada minggu yang sibuk. Kalau boleh, tetapkan target yang anda yakin boleh capai. Jangan terlalu bercita-cita tinggi.
3. Menulis pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari
Bagi memastikan anda tidak lupa untuk menulis entri, masukkan menulis entri blog ke dalam jadual harian anda. Saya selalunya gunakan masa selepas makan untuk menulis. Jadi, apabila selepas makan, secara automatik saya akan terfikir untuk menulis.
4. Buat draf untuk entri blog
Setiap kali anda dapat idea untuk entri blog, terus tulis draf. Apabila anda tidak buat draf, kemungkinan besar idea itu hilang dan anda harus mencari idea baru. Apabila anda mempunyai masa lapang, boleh siapkan entri tersebut.
5. Buat scheduled post
Kadangkala kita ada terlalu banyak idea dan ada masanya kita langsung tak ada idea. Bagi mengelakkan blog kita tiada entri baru untuk tempoh masa yang lama, anda boleh buat banyak scheduled post sekaligus apabila idea datang mencurah-curah. Walaupun anda tidak menulis setiap hari, tetapi nampak seolah-olah anda menulis entri setiap hari secara konsisten.
Tips yang saya kongsikan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya yang masih baru lagi dalam dunia blogging. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutamanya blogger baru.
Kalau anda ada tips lain, jangan lupa kongsikan di ruangan komen. Boleh kita bersama-sama tambah ilmu blogging.
Baca juga:
Baca juga:
Betul2 ... bagus share tips ni. Bila idea mencurah. Tulis je semua. Masukkan dalam draf. Pahtu buat schedule. hehe
ReplyDeleteBoleh kita sama-sama praktikkan tips di atas, Kak Aien.
DeleteTerbaik Jannah. Naim kekadang sendu juga untuk menulis ini banyak menjadi silent reader blog2 rakan blogger hehe
ReplyDeleteKadang-kadang memang tak ada idea juga nak tulis apa😂. Mungkin masa blogwalking tu boleh dapatkan idea.
DeleteDraf dan schedule tu selalu. Sebab takpe la klu kadang-kadang tak jenguk blog pun, asalkan konten tetap ada. Nampak la juga blog hidup walaupun suram sikit kan
ReplyDeleteBetul tu. Yang penting pengunjung blog tahu kita masih aktif berblogging.
Delete