7 Cara Dapat Idea Untuk Entri Blog

Hai semua. Sebagai seorang blogger, pasti ada masanya kita ketandusan idea untuk entri yang ingin ditulis. Jika anda sedang tiada idea untuk menulis, jangan risau kerana saya akan kongsikan cara mendapatkan idea untuk entri blog.


1. Blogwalking ke blog lain
Apabila blogwalking ke blog lain, saya akan cuba mendapatkan idea melalui entri yang berkaitan dengan niche saya. Biasanya, saya mendapat idea daripada entri review makanan, minuman dan novel dari blogger lain. Jika mereka memberikan review yang baik, saya akan cuba produk tersebut dan menulis review tentangnya.

2. Isu semasa
Terlalu banyak isu semasa yang kita boleh jadikan inspirasi untuk entri di blog. Asalkan isu tersebut tidak berunsur negatif dan sensitif, kita boleh jadikan idea untuk entri baru. Tidak semestisnya kita tulis tentang berita terkini. Boleh juga kembangkan idea seperti tips untuk menghadapi SPM ketika peperiksaan SPM semakin hampir. Selain itu, boleh juga tulis entri  resepi untuk juadah raya semasa musim perayaan.

3. Pengalaman
Pada masa kini, ramai orang belajar melalui pengalaman orang lain dengan membaca di media sosial atau blog. Hal ini kerana, masyarakat sekarang cenderung untuk membuat carian di Internet untuk mendapatkan maklumat. Bagi saya, saya gunakan pengalaman saya di sekolah dan universiti untuk menulis entri berkaitan pelajaran seperti tips untuk dapat anugerah dekan.

4. Keywords (kata kunci) di Google Search Console
Kata kunci memainkan peranan yang penting kerana menunjukkan bagaimana pengunjung blog menemui blog kita. Selalunya saya akan lihat kata kunci di Google Search Console. Bagi blog saya, kata kunci yang kerap tersenarai ialah KFC. Oleh itu, saya tulis review setiap kali saya cuba produk dari KFC.

5. Komen pengunjung blog
Sebagai seorang blogger, saya akan luangkan masa untuk membaca dan membalas komen pengunjung blog ini. Jika ada cadangan yang bersesuaian daripada para pengunjung, saya akan jadikan idea untuk menulis entri baru. 

6. Aktiviti harian
Bagi blogger dengan niche gaya hidup yang skop ideanya lebih luas, banyak aktiviti harian yang boleh dijadikan idea untuk entri. Contohnya, boleh kongsikan resepi yang dimasak pada setiap hari. Selain itu, sekarang ini juga ramai blogger kongsikan tentang barang yang mereka beli secara atas talian.

7. Review
Banyak benda yang boleh kita review di blog sebenarnya. Antara review yang sering dicari oleh pengguna Internet ialah review makanan/minuman, drama/filem dan buku. Tak semestinya beli barang baru semata-mata untuk review. Jangan membazir membeli barang yang tidak diperlukan hanya kerana ingin review barang yang tular.

Apa yang saya kongsikan di atas merupakan apa yang saya lakukan jika tiada idea untuk menulis entri baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Baca juga:

Comments

  1. Ya. Setuju sangat Dan google console sangat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak Fiza. Banyak info penting boleh dapat dari google search console.

      Delete
  2. Sejak duduk runah ni, banyak buat review tak berbayar je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu. Disebabkan banyak masa kat rumah, review apa yang ada je.

      Delete
  3. Terima kasih berkongsi tips yang ohsem ini..

    ReplyDelete
  4. Sama dengan saya jannah, kalau review KFC memang views tinggi gila. Rasa macam wow sekejap hahaha.

    ReplyDelete
  5. Good idea.. mama buat entry ikut mood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang-kadang tulia entri ikut mood😂.

      Delete

Post a Comment