Hai semua. Kita berjumpa lagi dalam sesi perkongsian resepi di The Wonderful Jannah. Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan resepi bendi goreng kicap.
Resepi ini saya belajar daripada mak saya. Mudah sahaja dan bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.
Sedikit tips untuk elakkan bendi berlendir, pastikan anda keringkan bendi dahulu sebelum menghirisnya. Selain itu, jangan masukkan air ketika memasak bendi.
Jom kita baca resepinya.
Bahan-bahanBendi-dihiris
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
2 sudu ikan bilis tumbuk
Kicap pekat-secukupnya
Minyak masak
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis.
2. Apabila bahan tumisan garing, masukkan bendi. Kacau seketika.
Bagaimana pula resepi bendi yang anda suka? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.
Minyak masak
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis.
2. Apabila bahan tumisan garing, masukkan bendi. Kacau seketika.
3. Masukkan kicap pekat lalu kacau.
4. Setelah tekstur bendi menjadi lembut, tutup api.
5. Hidangkan bendi goreng kicap yang sudah siap dimasak.
Bendi Goreng Kicap |
Saya tak tambahkan garam pun sebab rasa masin daripada ikan bilis sudah mencukupi. Tapi kalau anda rasa tahap kemasinannya masih kurang, boleh tambahkan garam.
Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.
Baca resepi yang lain:
Resepi Kucai Goreng Ikan Bilis Bersama Tauhu
Resepi Kacang Buncis Goreng Kicap
Resepi Sawi Raja Goreng Belacan
Resepi Kacang Buncis Goreng Kicap
Resepi Sawi Raja Goreng Belacan
Memang nampak sedap
ReplyDeleteJangan lupa cuba resepi ni nanti, WP.
DeleteSedapnya!
ReplyDeleteSedap :)
Deletekelihatan memeng sedap...
ReplyDeleteSedap, Etuza.
DeleteKalau saya..saya suka bendi campur dalam kari ikan..
ReplyDeleteAda orang lebih suka bendi dimasak kari kan.
DeleteWohh sedap ni jannah oii
ReplyDeleteBoleh cuba resepi ni nanti, Mamapp.
Delete