Resepi Kacang Buncis Goreng Kicap

Hai semua. Kembali lagi dalam perkongsian resepi di The Wonderful Jannah. Hari ini saya akan kongsikan resepi kacang buncis masak kicap.

Untuk resepi ini, saya tambahkan daging kisar supaya lebih sedap rasanya. Tapi kalau tak ada daging kisar pun tak apa. Macam biasalah resepi di TWJ ni mudah saja. Tak perlu banyak bahan😂.

Jom kita lihat resepi penuh.

Bahan-bahan
Kacang buncis-dihiris
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
Daging kisar
Kicap manis-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga garing.

2. Masukkan daging kisar, kacau dan biarkan seketika.

3. Masukkan kacang buncis dan kacau.

4. Masukkan kicap manis lalu kacau. Biarkan sehingga kacang buncis masak.

5. Tutup api dan hidangkan kacang buncis yang sudah siap dimasak.

Kacang Buncis Masak Kicap

Sebenarnya, ini pertama kali saya tambahkan daging kisar semasa memasak kacang buncis kicap ni. Nasib baik sedap rasanya. Selalunya saya hanya perasakan dengan kicap manis atau ikan bilis. 

Macam mana pula resepi kacang buncis versi anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.

Comments

  1. Kacang buncis mmg fav akak...suka gak goreng letak udang kertas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sedap. Tak pernah cuba lagi goreng buncis dengan udang.

      Delete
  2. sedap JR kak ana pun suka masak buncis goreng macam ni :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya resepi kacang buncis, selalu masak dengan ikan bilik tak pernah lagi try dengan bahan lain :)

    https://bit.ly/3x7UQpm

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, dgn daging korban pun byk dlm fridge, mkn daging saje,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah masak daging tu dengan kacang buncis nanti :)

      Delete
  5. Salam, kacang buncis dengab daging kisar tentu sedap, biasa makan buncis tumis telur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Saya tak pernah cuba lagi kancang buncis tumis telur.

      Delete
  6. sedapnya kacang buncis yang rangup makan dengan daging kisar yang manis. Perfect combo!

    ReplyDelete

Post a Comment