Resepi Sup Petola Bersama Telur

Hai semua. Bertemu lagi dalam entri resepi. Hari ini saya akan kongsikan resepi sup petola bersama telur.

Resepi ini diubah sedikit sahaja daripada resepi petola tumis air yang saya pernah kongsikan. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
2 biji petola-dibuang kulit dan dipotong
3 ulas bawang putih-diketuk
1 biji telur ayam
Air-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing.

2. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.

3. Masukkan petola lalu kacau dan biarkan seketika.

4. Setelah petola agak layu, masukkan telur dan kacau.

5. Masukkan garam dan kacau seketika.

6. Apabila telur sudah masak, tutup api dan hidangkan petola.

Sup Petola Bersama Telur

Ringkas sahaja resepi sup petola bersama telur ini. Masa penyediaan dan memasak juga tidak lama. Sesuai bagi yang ada masa terhad untuk memasak.

Sekian sahaja entri kali ini. Jumpa lagi.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. sedap ni, selamat hari raya JR

    ReplyDelete
  2. ini menu sedap.. simple tapi sedap..
    dulu x reti makan petola da makin menua ni belajar la makan sedap rupanya hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment