Resepi Popia Sayur Bersama Sos Yang Mudah

Hai semua. Hari ini saya akan kongsikan resepi popia sayur bersama sos.

Boleh dikatakan sekarang ni sudah jarang saya beli popia. Kalau teringin nak makan popia, saya akan ajak adik saya untuk sama-sama buat popia.

Seperti biasa, resepi kami tidaklah terlalu spesifik. Kuantiti terpulang kepada masing-masing.

Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan untuk popia
Kulit popia
Lobak merah-disagat
Tauge
Ayam kisar
Bawang kisar/tumbuk (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
Garam-secukupnya
Air-secukupnya
Minyak masak

Cara memasak popia
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan ayam kisar dan kacau seketika.

3. Masukkan lobak merah dan tauge lalu kacau.

4. Masukkan sedikit air. Biarkan seketika.

5. Masukkan garam dan kacau hingga sebati.

6. Masak sehingga inti kering.

7. Letakkan inti ke atas kulit popia lalu gulung popia. Gunakan air sebagai gam.

8. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan popia. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga popia berwarna keperangan.

9. Hidangkan popia yang sudah siap digoreng.

Popia Sayur

Bahan-bahan untuk sos
2 sudu sos cili
5 sudu air
Bawang putih-disagat

Cara memasak popia
1. Masukkan sos cili ke dalam satu mangkuk.

2. Masukkan air lalu kacau hingga sebati.

3. Masukkan bawang putih. Kacau seketika.

4. Panaskan kuali dan masukkan bancuhan sos.

5. Masak sehingga sos mendidih

6. Hidangkan sos bersama dengan popia yang sudah siap digoreng.

Sos Popia

Pastikan anda makan ketika popia masih lagi panas agar rasanya lebih rangup dan sedap. 

Memang susah nak berhenti makan makanan bergoreng macam ni kan. Tapi pastikan anda jaga kesihatan juga. Jangan makan makanan bergoreng terlalu banyak.

Kepada peminat popia di luar sana, pastikan anda cuba resepi yang saya kongsikan di atas.

Selamat memasak.

*Video resepi sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Baru beli kulit popia tadi.. anak dara ammi kata dia nak buat sesuatu. Buat apa ntahlah

    ReplyDelete
  2. faberet ni tapi tak suka buat, selalu fail bungkus popia tu menjadi rapat
    hehee

    ReplyDelete
  3. Wah..sedap untuk sarapan pagi ni

    ReplyDelete
  4. Akak suka gak popia sayur..but paling suka popia shredded chicken

    ReplyDelete
  5. Yum.. yum.. sedap Dan menu sihat

    ReplyDelete

Post a Comment