Resepi Betik Muda Goreng, Inspirasi Daripada WHI

Hai semua. Sebelum ini saya sudah kongsikan dua resepi untuk betik muda, hari ini saya akan kongsikan resepi betik muda goreng pula.

Pada bulan Julai yang lalu, saya telah menerima jemputan daripada program Wanita Hari Ini (WHI) untuk berkongsi resepi betik muda masak lemak putih dan betik muda tumis air. Semasa program tersebut, seorang panel jemputan telah berkongsi tentang resepi betik goreng.

Pertama kali saya dengar tentang betik goreng dan tak pernah terfikir pun. Memandangkan ada betik muda di rumah, saya cuba untuk goreng betik tersebut bersama adik saya.

Jom kita lihat resepi yang kami gunakan.

Bahan-bahan
1 biji betik muda-disagat
2 biji telur ayam
Tepung serbaguna Bestari-secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Bahan Tambahan
Sos cili
Timun

Cara memasak
1. Masukkan telur ayam ke dalam mangkuk yang berisi betik muda lalu kacau.

2. Masukkan tepung ke dalam satu pinggan.

3. Salut betik muda dengan tepung tersebut.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng betik muda dengan api kecil.

5. Angkat betik muda yang berwarna kuning keemasan.

6. Hidangkan betik muda yang siap digoreng dengan sos cili dan timun.

Betik Muda Goreng

Bagi saya, sedap rasa betik muda yang digoreng ni. Rasanya seperti cendawan tiram goreng tepung. Saya gunakan betik muda yang berwarna hijau kerana teskturnya masih keras dan sesuai untuk digoreng.
 
Mula-mula, adik saya dan saya makan betik goreng ni dengan sos cili sahaja. Kemudian, adik saya cadangkan makan dengan timun. Kombinasi rasanya sesuai sebab timun menyegarkan dan mengurangkan rasa berminyak daripada betik yang digoreng.

Disebabkan dapat dalam dua pinggan untuk sebiji buah betik tu, kami makan dengan nasi pula pada waktu malam. Sedap juga kalau makan dengan nasi.

Saya rasa resepi ini unik sebab selalunya saya masak buah betik muda dan makan dengan nasi. Kalau anda ada resepi yang unik sebegini, boleh kongsikan di ruangan komen.

Jangan lupa cuba resepi ni nanti😊.

#Versi video sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. menarik jugak ni.. x pernah terfikir pulak nk goreng tepung mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah terfikir nak goreng betik sebelum ni, kak.

      Delete
  2. In shaa Allah nanti saya cuba, nice sharing jannah :D

    ReplyDelete
  3. Uiii.. menarik la idea ni, nak cuba la nanti 🤓✨

    ReplyDelete
  4. sedap ye JR boleh lah try kalau dapat buah betik muda nanti :)

    ReplyDelete
  5. Selama ni buat kerabu, atau bening air je. Tak sangka boleh goreng.. Nice sharing

    ReplyDelete
  6. Wah.. idea yang menarik.. Betik pun boleh dipelbagaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak Sha. Macam-macam masakan betik yang boleh kita buat.

      Delete
  7. Wow rare betul reaepi ni. Mcm mana la rasa dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, rasa macam cendawan tiram goreng tepung. Tak rasa sangat betik tu sebab kita sagat/hiris halus.

      Delete

Post a Comment