Hai semua. Hidangan yang akan saya kongsikan pada hari ini agak berbeza kerana jarang saya masak makanan sebegini. Kebiasaannya resepi di TWJ adalah berasaskan lauk-pauk. Namun, hari ini saya akan kongsikan resepi poket doraemon.
Poket doraemon ini pernah tular. Ada versi manis dan versi savuri. Saya akan kongsikan resepi untuk versi savuri. Poket doraemon versi manis belum pernah lagi saya cuba.
Bagi yang tak tahu macam mana rupa poket doraemon, boleh lihat gambar yang saya sertakan dalam entri ini. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat resepinya.
Bahan-bahan untuk inti1 paket ayam kisar
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
4 ulas bawang putih-dipotong dadu
Serbuk lada sulah-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak
Bahan-bahan untuk roti
Bahan-bahan untuk roti
14 keping roti putih Gardenia
1 biji telur ayam
Serbuk roti (breadcrumb)-secukupnya
Minyak masak
Bahan-bahan lain
Salad
Sos cili-secukupnya
Mayones-secukupnya
1. Panaskan minyak dalam kuali lalu masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Setelah bawang garing, masukkan ayam kisar dan kacau.
3. Apabila ayam sudah masak, masukkan garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati.
5. Ambil dua keping roti dan lapikkan lalu tekan roti sehingga agak leper supaya kedua-dua roti melekat antara satu sama lain.
6. Potong roti menjadi bentuk bulat (ulang langkah 5 & 6 sehingga roti habis).
Roti Untuk Poket Doraemon |
7. Masukkan telur ke dalam satu bekas dan celupkan roti tadi ke dalam telur.
8. Masukkan serbuk roti ke dalam satu pinggan dan salutkan roti dengan serbuk roti.
9. Panaskan minyak dalam kuali (guna api kecil) dan goreng roti.
Roti Poket Doraemon Yang Siap Digoreng |
10. Setelah roti siap digoreng, potong roti menjadi dua bahagian.
11. Masukkan salad dan inti ayam ke dalam roti. Paipkan sos cili dan mayones.
12. Hidangkan poket doraemon.
Poket Doraemon Versi TWJ |
Sebenarnya, ini merupakan pertama kali adik saya dan saya cuba membuat poket doraemon ni. Selalunya kami beli je😂. Ingatkan susah tapi rupa-rupanya agak senang untuk membuatnya. Kami gunakan 14 keping roti Gardenia dan dapat 14 poket doraemon.
Memang sekejap je roti Gardenia habis kalau buat poket doraemon. Kalau roti masih banyak dan akan expired tak lama lagi, memang sesuailah resepi ni. Jangan lupa cuba nanti.
Jumpa lagi dalam entri akan datang dan jangan lupa tinggalkan komen di bawah.
*Versi video sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.
Baca resepi yang lain:
Baca resepi yang lain:
Meriahnya isi poket doraemon ni TWJ...buat sendiri memang selalu lagi puas hati kan
ReplyDeleteKalau buat sendiri, boleh letak banyak inti.
DeleteMenarik sangat buat inti carbonara ke sardin ke sedap jgk kn?
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba buat poket doraemon dengan inti carbonara atau sardin. Boleh cuba nanti, kak :).
DeleteSedapnya! Ingtkn poket doraemon ape, rupanya roti ala2 kebab rupanya..
ReplyDeleteHaah. Mungkin namanya diberi disebabkan bentuk roti tu.
Deletecantiknya Jannah buat poket doraemon tu! Tak pernah tahu pula menu ni, thanks share :)
ReplyDeleteYou're welcome. Cantik sebab adik saya tolong :)
DeleteCantiknya poket doraemon tu.. Done follow🤗
ReplyDeleteTerima kasih follow. Nanti saya balas kunjungan :)
Delete