Review Novel Wish List Karya Syamnuriezmil

Hai semua. Dalam entri kali ini, saya akan review novel Wish List karya Syamnuriezmil.

Rasanya sekarang ni dah jarang saya tulis review novel sebab dah lama tak ke kedai buku. Mungkin ada yang tak tahu pun dulu saya rajin tulis review novel. Sekarang ni asyik tulis entri resepi je😂.

Kembali kepada novel Wish List. Saya beli novel ni semasa saya tinggal di Melaka. Novel Wish List dan novel Mr Grey merupakan novel yang saya beli secara langsung daripada penulis Syamnuriezmil. Masa tu saya baru ingin berjinak-jinak dengan online shopping.

Untuk pengetahuan semua, novel Wish List ini merupakan idea bersama dengan pelakon Mira Filzah. Apabila baca sinopsis pun nampak macam novel ini penuh emosi. Jadi, saya pun tertarik untuk beli.

Wish List Karya Syamnuriezmil

Judul: Wish List
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Penulisan2U
Harga: RM 28
Mukasurat: 659

Review:
Novel Wish List ini dimulakan dengan kisah Safa Auliya dan Umair Wajdi. Kedua-duanya merupakan kawan baik dan sudah berkawan selama 10 tahun. Masing-masing mempunyai perasaan antara satu sama lain tapi hanya dipendam sahaja.

Rupa-rupanya, memang Umair bukan jodoh Safa. Boleh dikatakan ada sahaja halangan untuk mereka meluahkan perasaan masing-masing. Apabila Umair meninggal dunia akibat kemalangan, maka musnahlah impian Safa untuk memberitahu perasaannya.

Permulaan novel memang sedih. Terasa kesedihan dan kekecewaan Safa ketika saya membaca novel ini. Tambahan pula, Safa tidak ada di sisi Umair ketika Umair sedang nazak kerana dia tidak menjawab panggilan telefon daripada Umairah, adik Umair.

Sebenarnya, ada kata-kata Umair yang menunjukkan dia akan pergi tak lama cuma Safa tak perasan. Pada masa tu, Safa tengah stres dengan Zahier Adam (The Dutch Celup).

Tapi saya kagum dengan Umair. Dia dah sediakan macam-macam supaya Safa boleh move on dan teruskan hidup seperti biasa. Umair tahu yang Safa mesti akan bersedih. Siapa saja yang tidak terkesan kalau kehilangan sabahat baik dan orang yang dicintai.

Kemudian, novel ini memfokuskan kepada kehidupan Safa setelah Umair pergi dan bagaimana dia cuba untuk melaksanakan impian Umair. Zahier Adam yang mirip dengan Umair pula muncul dalam hidup Safa. Tak boleh bayangkan macam mana untuk Safa move on sebab mesti dia teringatkan Umair setiap kali lihat Zahier.

Agak-agaknya apakah wish list yang Umair tinggalkan untuk Safa? Adakah Safa mampu untuk move on dan menunaikan permintaan terakhir Umair? Kalau nak tahu, kena baca novel Wish List ini.

Pengajaran:
- Jangan bertangguh dalam melakukan sesuatu. Kalau Umair dan Safa tidak bertangguh dalam meluahkan perasaan masing-masing, salah satu impian Safa pasti tercapai. 
- Serupa tapi tak sama. Walaupun seseorang itu mirip dengan orang yang kita kenali dari segi fizikal, personalitinya pasti berbeza. Tiada yang dapat menjadi pengganti. 
-Hargai orang di sekeliling kita. Kita tidak tahu berapa lama masa yang kita ada dengan seseorang. Oleh itu, sentiasa hargai orang di sekeliling kita selagi mereka masih ada.

Secara keseluruhannya saya memberi 9.8/10 bintang kepada novel ini. Bagi saya, emosi yang cuba disampaikan dapat saya rasai ketika membaca novel ini. Nampak macam jalan ceritanya biasa tapi kita boleh kaitkan dengan kehidupan harian. Mungkin orang di sekeliling kita atau kita sendiri pernah berada dalam situasi yang sama.

Apa-apa pun, ciptalah kenangan indah dengan orang yang tersayang selagi mereka masih ada kerana kenangan indah itulah yang akan kekal dalam memori kita apabila mereka sudah tiada.

Baca review novel yang lain:
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil

Comments

  1. menarik cerita novel ini kan..sarat dengan pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, banyak pengajaran yang diselitkan dalam novel ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau nak tunggu masa yang sesuai, kita pun tak tahu bila kan. Akhirnya, terlepas peluang untuk lakukan apa yang kita ingin lakukan.

      Delete
  3. Belom ada kesempatan nak baca novel. Karya ni macam menarik ja. ^^

    ReplyDelete
  4. Wah baca review jannah mmg terasa menarik novel ni

    ReplyDelete

Post a Comment