Hai semua. Sebelum ini akak pernah kongsikan tips untuk score beberapa subjek SPM. Oleh itu, hari ini akak akan kongsikan pula tips nak score untuk bahasa Inggeris SPM.
1. Buat buku vocabulary (kosa kata)Setiap kali adik-adik jumpa perkataan baru, tulis dalam buku yang khas untuk vocabulary. Apabila adik-adik ingin tulis esei, boleh jadikan perkataan tersebut sebagai rujukan. Hal ini membuatkan penulisan adik-adik terserlah dengan kepelbagaian kosa kata. Namun, hati-hati jangan keterlaluan dalam menggunakan bombastic words sehingga esei adik-adik kelihatan terlalu bercita-cita tinggi tapi tak kena tempat.
2. Kerap menulis esei
Bukan sedikit masa yang diperlukan untuk memperbaiki penulisan esei. Oleh itu, pastikan adik-adik kerap menulis pelbagai bentuk esei yang mungkin akan ditanya semasa SPM. Kalau cikgu adik-adik tidak keberatan, boleh minta mereka tolong semak esei tersebut.
2. Kerap menulis esei
Bukan sedikit masa yang diperlukan untuk memperbaiki penulisan esei. Oleh itu, pastikan adik-adik kerap menulis pelbagai bentuk esei yang mungkin akan ditanya semasa SPM. Kalau cikgu adik-adik tidak keberatan, boleh minta mereka tolong semak esei tersebut.
3. Jadikan kamus sebagai rujukan
Kamus sebenarnya merupakan salah satu bahan rujukan yang membolehkan kita belajar pelbagai perkara. Namun, sesetengah pelajar tidak suka membawa kamus kerana berat. Jauhkan sikap sebegini. Akak bawa kamus ke sekolah setiap hari dan setiap kali terjumpa/terdengar perkataan baru, akak akan terus cari maksudnya. Kita juga boleh belajar tentang grammar (tatabahasa) melalui kamus.
4. Belajar melalui analisis penulisan
Akak banyak belajar grammar dan vocabulary dengan menganalisis penulisan orang lain. Apabila membaca penulisan yang bagus, dapatkan sebanyak mungkin kosa kata yang baru dan kenal pasti struktur ayat yang digunakan. Apabila membaca penulisan yang kurang bagus, jadikan amalan untuk membetulkan kesilapan yang ada. Namun, tidak ramai yang suka belajar menggunakan kaedah ini kerana mereka tidak minat membaca.
5. Kurangkan kesalahan dalam penulisan
Tidak dapat dinafikan bahawa soalan esei menyumbang markah yang banyak untuk kertas bahasa Inggeris. Oleh itu, adik-adik perlu dapatkan markah sebanyak yang boleh. Tolong elakkan kecuaian seperti kesalahan ejaan dan tanda baca. Kesalahan sebegini nampak kecil tapi mungkin membezakan adik-adik dapat B atau A. Selain itu, kurangkan kesalahan dari segi grammar dan penggunaan perkataan.
6. Fahamkan soalan
Untuk mengelakkan adik-adik tersalah menjawab soalan atau lari dari topik, pastikan baca soalan betul-betul sebelum mula menjawab. Jangan terburu-buru ketika peperiksaan. Bagi soalan esei, senaraikan isi penting terlebih dahulu supaya adik-adik tidak lari dari topik.
7. Banyakkan buat latihan
Biasakan diri dengan latihan yang mengikut format sebenar SPM. Selain daripada soalan esei, kertas 1 yang melibatkan aneka pilihan juga perlu diberi perhatian. Hal ini kerana, soalan sebegini hanya ada satu jawapan betul. Untuk soalan aneka pilihan, penguasaan vocabulary dan grammar amatlah penting.
8. Fokus kepada diri sendiri
Semasa peperiksaan, pastikan adik-adik hanya fokus kepada diri sendiri. Tidak perlu melihat apa yang calon-calon lain lakukan. Sentiasa tenang dan tidak perlu risau jika adik-adik terlihat calon lain meminta kertas tambahan atau keluar awal dari dewan peperiksaan. Yakin kepada diri sendiri dan teruskan menjawab.
Tips di atas bukan sahaja boleh digunakan untuk peperiksaan SPM tapi adik-adik boleh juga gunakan di peringkat universiti.
Semasa peperiksaan, pastikan adik-adik hanya fokus kepada diri sendiri. Tidak perlu melihat apa yang calon-calon lain lakukan. Sentiasa tenang dan tidak perlu risau jika adik-adik terlihat calon lain meminta kertas tambahan atau keluar awal dari dewan peperiksaan. Yakin kepada diri sendiri dan teruskan menjawab.
Tips di atas bukan sahaja boleh digunakan untuk peperiksaan SPM tapi adik-adik boleh juga gunakan di peringkat universiti.
Harus diingat bahawa belajar bahasa ini adalah pembelajaran sepanjang hayat. Contohnya macam bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda kita, tetapi banyak lagi yang kita tidak tahu terutamanya dari segi penggunaan tatabahasa yang betul.
Gaya percakapan dan gaya penulisan bukan semuanya sama. Jadi, tak semestinya kalau kita fasih berbahasa Inggeris, kita akan mahir menulis esei.
Semoga semua yang menduduki peperiksaan SPM lulus dengan cemerlang.
Baca tips lain:
teringat kata-kata lecturer ammi.
ReplyDelete"where is your RM28 worth dictionary? do u think your parents bought it to be kept in your hostel?"
jadi setiap hari kitorang akan usung dictionary oxford setebal 6cm ke kampus..sebab setiap hari akan ada kelas dengan lecturer ni. tapi what she did was right. masa dulu rasa marah jugaklah sebab beratkan..dahlah ITM Shah Alam tu berbukit2 jalannya..sekarang kita nampak outcomenya
Betul tu, Ammi. Nampak macam membebankan sebab kamus agak berat tapi sebenarnya kamus sangat berguna untuk kita belajar bahasa Inggeris.
Deletekeep practice and practice . memula jangkal tapi makin lama makin belajar dan pandai :)
ReplyDeleteBetul. Latihan sangat penting untuk berjaya.
DeleteBoleh tunjuk tips ni kat Dania ni...
ReplyDeleteSemoga perkongsian ni bermanfaat untuk Dania.
DeleteBykkan membaca buku bahasa inggeris juga membantu. The tips ni mmg bagus
ReplyDelete