Review KFC Golden Egg Burger

Hai semua. Macam dah lama kan saya tak buat review KFC😂. Sebenarnya saya dah cuba KFC Golden Egg Burger tu tapi disebabkan kekangan masa, baru sekarang dapat buat review di blog.

Seperti biasa, kalau saya makan burger KFC ni biasanya sebab ada orang yang belanja. Jaranglah saya beli burger sebab saya bukan peminat burger.

KFC Golden Egg Burger ini dibeli melalui aplikasi Foodpanda dengan harga RM 17.99. Set kombo terdiri daripada burger, french fries dan minuman.

Jom kita lihat gambarnya.

KFC Golden Egg Burger

KFC Golden Egg Burger

Dari segi saiz, saiz burger ni lebih kurang macam burger KFC yang lain. Filet ayam pula agak besar saiznya. Filet ayam disaluti dengan daun kari, parsli dan mayones telur masin. Terdapat juga kepingan keju serta salad. 

Apabila saya makan KFC Golden Egg Burger ni, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah rasa kari berbanding dengan rasa telur masin. Bagi saya, telur masin kurang terasa. Dah hujung-hujung baru terasa sikit perisa telur masin.

Tapi nasib baik burger tak kering sebab mayones yang diletakkan agak banyak. 

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Golden Egg Burger:
Rasa- 4.0
Rupa-4.5
Kuantiti-4.2
Harga-3.8
Jumlah: 4.1 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Golden Egg Burger ini tidak menepati jangkaan saya. Saya mengharapkan rasa telur masin lebih terasa berbanding dengan rasa kari. Rasanya sedap terutamanya kalau dimakan semasa lebih panas dan kalau saya tidak menjangkan rasa telur masin, mungkin saya akan bagi markah yang lebih tinggi. Namun, burger ini berbaloi untuk dicuba.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. Wah..rajin jannah review KFC..akak jarang order burger...biasa ayam je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang order burger. Selalu order kalau orang belanja je.

      Delete
  2. Wak tak minat berger
    kalau ke KFC cari ayam gorenglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ayam goreng tarikan utama di KFC kan, WP. Selalunya memang beli ayam. Sesekali je beli burger KFC ni.

      Delete
  3. Cheq belum try yang ni lagi, rasa macam kurang bermotivasi sikit nak order anything with golden egg 😅

    ReplyDelete
  4. kat tempat saya semua burger KFC out of stok. a few weeks juga dah takda ni. but as for my personal opinion, lately kfc selalu fail on their new menu. selalu their food is too dry, susah nak telan dan hadam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat tempat saya pula, coleslaw selalu out of stock sekarang.

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap kan. Cuma rasa salted egg tu macam tak terasa sangat.

      Delete

Post a Comment