Resepi Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda resepi nasi goreng ayam goreng kunyit.

Sebelum kita mulakan, saya ingin beritahu awal-awal yang resepi ni bukan menggunakan ayam kunyit yang ada lobak merah dan kacang panjang tu. Macam biasalah resepi di TWJ ni lain sikit daripada orang lain😂.

Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Nasi putih-1 mangkuk
Dada ayam-diperap dengan serbuk kunyit dan garam
3 ulas bawang putih-diketuk
Lobak merah-dipotong dadu
Brokoli-dipotong
Garam-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga perang keemasan. Carik ayam dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih sehingga garing menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam. 

3. Masukkan lobak merah lalu biarkan sehingga teskturnya agak lembut.

4. Masukkan brokoli lalu kacau.

5. Apabila brokoli sudah agak lembut, masukkan nasi dan kacau.

6. Masukkan garam lalu kacau hingga sebati.

7. Masukkan ayam dan kacau seketika.

8. Tutup api dan hidangkan nasi goreng yang sudah siap dimasak.

Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit
Sebenarnya tak merancang pun untuk masak nasi goreng macam ni. Secara kebetulan, saya rasa teringin nak makan nasi goreng tapi dah masak lauk ayam goreng kunyit. Jadi, kita gabungkan jelah.

Tak banyak pun bahan-bahan yang diperlukan tapi rasanya tetap sedap. Saya memang suka nasi goreng yang ringkas je dan proses memasak pun tak lama.

Kalau nak masakkan nasi goreng ni untuk budak-budak pun boleh sebab memang tak pedas langsung. 

Selamat memasak. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Comments

  1. simple je tp nmpk mcm menarik utk dicuba... dan ini mmg menu budak ni... asalkan ada ayam grg mmg mereka suka

    ReplyDelete
  2. Tak pedas kan..sesuai la untuk kanak- kanak..selalu akak buat kalau anak2 buah balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak SA . Memang tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.

      Delete

Post a Comment