Hari ini saya ingin membuat review tentang novel Psiko karya Rosa Nur yang saya beli di jualan penghabisan stok Popular baru-baru ini. Walaupun tiada free gift seperti buku-buku yang saya beli secara langsung daripada penulis novel, tetapi harganya lebih murah kerana ada diskaun. Jom baca review novel ini.
Judul: Psiko
Psiko karya Rosa Nur |
Penulis: Rosa Nur
Genre: Thriller
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM 23
Mukasurat: 483
Review:
Review:
Cover page novel ini agak menakutkan dan boleh dikaitkan dengan jalan ceritanya. Terdapat banyak babak yang mengerikan dan mungkin sesetengah pembaca akan berasa tidak selesa. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah setiap babak akan dilakonkan jika novel ini diadaptasikan ke drama.
Kisah bermula disebabkan sikap nakal pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin mengenakan rakan mereka yang berbadan besar, iaitu Suriati. Tujuan asalnya hanyalah untuk memalukan Suriati tetapi secara tidak sengaja idea Rayyan, Hanna, Razman dan Baizura telah membawa kepada satu peristiwa hitam yang meragut satu nyawa. Bagi saya, apa yang mereka lakukan telah melampaui batas dan dapat kita kaitkan dengan kehidupan seharian. Isu body shaming bukanlah isu yang baru di negara kita.
Selain itu, watak Bongkok dalam novel ini dapat memberikan gambaran tentang cara pemikiran masyarakat kita. Yang cantik dan kacak dipuja manakala yang mempunyai penyakit kulit dan hodoh dipinggirkan.
Dalam novel ini, kita dapat saksikan bagaimana dendam dapat memusnahkan hidup seseorang. Hal ini dapat kita lihat dalam diri Suriati dan Puan Chempaka. Dendam sangat bahaya kerana dapat mengubah orang yang baik hatinya menjadi seorang yang sangat kejam sehingga sanggup membunuh. Walapun pada mulanya Suriati yang memburu mangsanya, tetapi pada penghujung novel, Suriati pula yang menjadi buruan.

Pengajaran:
- Berfikir sebelum bertindak. Rayyan, Hanna, Razman dan Baizura sepatutnya berfikir terlebih dahulu tentang kesan perbuatan mereka sebelum melaksanakan idea mereka.
- Balas dendam bukanlah penyelesaian. Rancangan balas dendam Suriati hanya memberikan kepuasan seketika. Akhirnya, hidup Suriati tidak tenteram kerana menjadi buruan orang suruhannya.
- Berfikir secara rasional. Bongkok tidak seharusnya mengikut suruhan Suriati dan Puan Chempaka untuk melakukan jenayah dengan alasan untuk membalas budi.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.8/10 bintang kepada novel ini. Isu-isu yang dipaparkan sememangnya amat dekat dengan masyarakat kita. Kita dapat melihat bahawa stigma dan cara berfikir masyarakat dapat memberikan kesan kepada individu, masyarakat dan negara.
Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-9 Nota karya Hannah Ezzaty

menarik kalau buat movie ni :)
ReplyDeleteBetul tu. Agak-agaknya siapalah sesuai bawa watak utama?😅
DeleteTak baik balas dendam. Huhu. Tinggi rating buku ni memang terbaik ni.
ReplyDeleteTinggi rating sebab cerita dia memang best bagi saya. Banyak isu yang kita boleh relate dengan kehidupan kita.
Delete