Review KFC Green Chili Crunch

Pada bulan Julai yang lalu, KFC Malaysia telah mengeluarkan menu baru, iaitu KFC Green Chili Crunch. Untuk pengetahuan semua, saya dah cuba menu ni sejak bulan lepas lagi tapi tidak berkesempatan untuk buat review di blog. Sampai empat kali saya beli KFC Green Chili Crunch ni. Sedap sangat ke? Kalau nak tahu, kena baca entri ini sehingga habis.

Set KFC Green Chili Crunch  terdiri daripada ayam green chili  (dua/tiga ketul), minuman, coleslaw dan whipped potato. Untuk minuman, saya minta tukar dengan air mango dengan tambahan RM 2 disebabkan saya tidak minum air berkarbonat. Ayamnya merupakan gabungan tiga bahan iaitu cili hijau, limau dan daun pasli.

Bagi set dengan dua ketul ayam, harganya ialah RM 14.90 manakala set dengan tiga ketul ayam berharga RM 18.90. Harga yang diletakkan merupakan harga biasa bagi set ayam KFC.

Percubaan pertama:

Percubaan kali pertama


Masa kali pertama cuba KFC Green Chili Crunch ni saya take away je kerana nak balik awal masa keluar tu. Kekurangan kalau take away ni ialah ayam KFC tu tak panas dah masa makan. Rasanya malam baru saya makan padahal beli waktu petang. Ketika kali pertama rasa ayam tersbut, saya dapat merasa tahap kepedasan yang lebih pedas daripada jangkaan saya untuk ayam KFC. Kepedasannya bukanlah tahap yang saya suka. Pada masa yang sama, tidak ada pun rasa masam daripada limau. Percubaan pertama agak mengecewakan. 

Sebagai seorang peminat KFC, saya tidak berpuas hati dengan kualiti KFC Green Chili Crunch semasa percubaan pertama. Expectation saya ialah kombinasi cili hijau, limau dan daun pasli akan memberikan satu rasa yang unik dan sedap. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mencuba lagi.

Percubaan kedua:

Percubaan kali kedua
Untuk percubaan kedua, saya makan di rumah juga tapi kali ini saya beli melalui KFC delivery. Semestinya harga akan menjadi lebih mahal apabila delivery tapi disebabkan kawan saya nak order KFC masa tu, saya pun beli sajalah. 

Sejujurnya, saya sudah tidak meletakkan harapan yang tinggi seperti percubaan pertama. Tapi rasanya memang sangat sedap walaupun rupanya agak kurang membangkitkan selera. Hal ini betul-betul mengubah pandangan saya tentang KFC Green Chili Crunch. Selepas itu, saya pun beli lagi menu ini.

Percubaan ketiga & keempat:
Tak ada gambar dah untuk percubaan ketiga dan keempat ni sebab menu sama saja. Kali ini saya dine in di KFC tetapi di cawangan yang berbeza. Yang bestnya ialah rasa dan kualiti KFC Green Chili Crunch tu sama dengan percubaan kedua. 

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Green Chili Crunch:
Rasa- 4.9
Rupa-3.5
Kuantiti-4.5
Harga-4.4
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, 3 daripada 4 percubaan yang saya lakukan adalah bagus. Saya rasa kemungkinan kualiti dan rasa ayam yang dihasilkan berbeza mengikut cawangan. Saya cuba tiga kali di Melaka dan satu kali di Pahang. Percubaan pertama di Melaka tu yang mengecewakan tetapi yang lain tidak mengecewakan langsung. Saya dah repeat order banyak kali. Bagi saya, memang berbaloi untuk cuba.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. Nampak macam sedap je. Saya tak pernah try lagi. Risau juga kalau tak cukup pedas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Nad. Cubalah beli. Tak lama lagi nak keluar menu baru dah. Bagi saya tak adalah pedas sangat kecuali masa percubaan pertama tu.

      Delete
  2. Akak kalau pedas mmg x leh la nak makan...weekend ari tu termakan pedas( alasan lebih) lepas tu merana acid reflux menimbun dalam badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedas sangat bagi saya, Kak SA. Tapi disebabkan Kak SA ada masalah acid reflux, better kurangkan makanan yang macam ni. Kalau 'termakan' ni yang susah😂.

      Delete
  3. Tak cuba.. hehehe.. sebab tak berapa menarik pula tengok warna hijau tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Kak Sha. Appearancenya kurang menarik tapi rasanya 👍🏻.

      Delete
  4. kembang tekak tengok rupa dia, terpaksa puasa KFC kejap hihi

    ReplyDelete
  5. Baru try semalam. Rasa not bad, pedas so-so je tapi okay je untuk saya yang tak makan pedas. Tapi tu la, rupa dia hijau gelap sangat hahah. Overall puas hati je

    ReplyDelete
  6. kak pun belum sempat lagi nak makan. padahal ada ja kfc kat pekan koboi kami ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tempat yang dekat dengan rumah yang kita tak pergi😂.

      Delete
  7. Ohh ayam ni, saya pernah cuba. Sedap...

    ReplyDelete
  8. Tak cuba lagi ni, tak tau la sempat ka dak cheq nak kejar menu item kepci yang nih 😅

    ReplyDelete

Post a Comment