KFC Super Jimat Box: Review KFC Twister Box

KFC Super Jimat Box merupakan menu yang telah lama ditawarkan di KFC Malaysia. Kebiasaannya saya membuat review bagi menu KFC yang baru dikeluarkan. Namun, hari ini saya ingin membuat sedikit kelainan dengan membuat review bagi KFC Super Jimat Box atau lebih spesifik lagi, iaitu review KFC Twister Box.

Saya sudah banyak kali membeli KFC Twister Box ini. Memandangkan saya merupakan salah seorang penggemar KFC Twister, KFC Twister Box ini sering menjadi pilihan saya jika ingin membeli Super Jimat Box. Mari kita lihat bagaimana rupa KFC Twister Box.

KFC Twister Box

Menu ini didatangkan dengan seketul ayam goreng KFC (original/spicy), KFC Twister, fries dan minuman. Kalau anda ingin menukar air, terdapat cas tambahan yang dikenakan. Cheesy wedges dalam gambar tu tak termasuk dalam Twister Box tapi saya add on.

Dari segi harga, sememangnya KFC Twister Box ini lebih murah berbanding jika kita beli semua komponen yang ada dalam Super Jimat Box itu satu-persatu. Saya tak ingat harganya tapi kalau tak silap harganya kurang daripada RM 14. Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Twister Box:
Rasa- 4.9
Kuantiti-4.8
Harga-4.6
Pembungkusan-4.5
Jumlah: 4.7 daripada 5 bintang

Pada pendapat saya. lebih berbaloi jika kita membeli Super Jimat Box berbanding membeli secara ala carte. Kepada peminat KFC Twister, KFC Twister Box ini akan membuatkan anda berasa lebih kenyang kerana terdapat pelbagai makanan dalm satu hidangan.

Sekian sahaja review kali ini. Jumpa lagi dalam review KFC yang akan datang.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif).

Comments

  1. Memang berbaloi beli Super Jimat Box ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, boleh cuba pelbagai jenis makanan dalam satu hidangan.

      Delete

Post a Comment