Review KFC Golden Egg Crunch

Hai semua.
Rasanya sudah lama saya tidak membuat review menu KFC. Bukannya tidak ke KFC tapi disebabkan kekangan masa, gambar yang diambil hanya tersimpan di dalam telefon. Jadi, hari ini saya kembali untuk membuat review menu baru KFC, iaitu KFC Golden Egg Crunch. Sebenarnya, bukanlah baru sangat. Menu ini pernah dikeluarkan dulu dan kini kembali lagi. Oleh sebab rasanya sangat sedap ketika kali pertama saya cuba, jadi saya ingin membelinya lagi.

KFC Golden Egg Crunch

Harga untuk hidangan ini adalah RM 14.90.  Terdapat dua ketul ayam hot & spicy yang disaluti telur masin, daun kari dan beberapa bahan lain. Hidangan ini juga disertakan dengan whipped potato, coleslaw dan air mangga. 
Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken:
Rasa- 4.9
Kuantiti-4.8
Harga-4.5
Pembungkusan-4.5
Jumlah: 4.7 daripada 5 bintang

Bagi saya, sangat berbaloi untuk menghabiskan RM 14.90 untuk membeli KFC Golden Egg Crunch. Buat pengetahuan anda, ini merupakan kali ketiga saya membeli hidangan ini pada bulan ini. Rasanya tidak berubah. Masih sedap seperti ketika pertama kali saya mencubanya. Namun, ada sebabnya saya tidak memberi 5 bintang untuk rasanya. Hal ini kerana, air mangga yang disertakan tidak kena dengan tekak saya. Kebiasaannya, saya memang minum air mangga Sjora kalau ke KFC tetapi air mangga dalam hidangan ini lain rasanya. Bagi rasa ayam, memang 5 bintang.

Disebabkan saya sudah membeli minuman sebelum ke KFC, saya berasa kenyang setelah makan 1 ketul ayam KFC sahaja. Jadi, saya bawa pulang 1 ketul ayam. Pada awalnya, saya ingin panaskan sahaja ayam tersebut dan makan bersama nasi. Namun, saya rasa ingin makan buttermilk chicken. Tiba-tiba, datang idea untuk menggabungkan kuah buttermilk chicken (klik sini untuk resepi) yang saya masak sendiri dan juga ayam KFC tersebut. Anda boleh lihat hasilnya dalam gambar di bawah.

KFC Golden Egg Crunch Buttermilk Chicken

Sampai sini saja review kali ini. Jumpa lagi dalam review yang akan datang.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif).

Comments

  1. Ok yg ni tak rasa lagi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi cari, Yea. Sementara masih ada ni😅.

      Delete
  2. tak pernah try lagi kfc golden egg crunch ni. nama nya menarik dan tengok iklan nampak sodap hahaha

    ReplyDelete
  3. Cheq pernah rasa dah menu ni masa dia mula2 keluar dulu (tak ingat pulak tahun bila 😅), memang sodap pun. Next time cheq pi kfc nanti ni nak order menu ni la, harap2 promosinya berpanjangan..hihi 😋

    ReplyDelete
  4. Mmg berbaloi dgn harga..rasa ada, sdp dmkn.. nie br lh ciptaan resepi br..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yang ni antara menu KFC yang memang sedap😋.

      Delete
  5. tak pernah try lagi tapi baca review ramai yang kata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pun, Kak Farhana😋. Berkali-kali saya beli😂.

      Delete
  6. event hough selalu pegi kfc but i'm not really a fan of their chicken menu. but seeing it now makes me hungry haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opposite with me. I'm a fan of KFC chicken menu.

      Delete

Post a Comment