Resepi Kacang Panjang Goreng Bersama Lobak Merah

Hai semua. Kembali lagi dalam entri resepi. Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan resepi kacang panjang goreng bersama lobak merah.

Sebenarnya, resepi ni dah lama tersimpan sebab saya ingatkan saya dah kongsi di blog😅. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca resepi penuh.

Bahan-bahan 
3 ulas bawang putih-diketuk
2 sudu ikan bilis tumbuk
Kacang panjang-dipotong
Lobak merah-dipotong
Minyak masak

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan ikan bilis.

2. Setelah bahan tumis garing, masukkan lobak merah. Kacau dan biar seketika.

3. Masukkan kacang panjang dan kacau seketika.

4. Tutup api dan hidangkan kacang panjang yang sudah siap dimasak.

Kacang Panjang Goreng Bersama Lobak Merah

Untuk resepi ini, saya tak letakkan garam kerana rasa masin daripada ikan bilis sudah mencukupi. Kalau anda ada resepi lain untuk kacang panjang, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Sampai sini saja entri kali ini. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Comments