Resepi Sup Cendawan Tiram

Hai semua. Untuk entri hari ini, saya ingin kongsikan resepi untuk sup cendawan tiram. 

Sebenarnya, saya baru perasan yang saya belum kongsikan lagi resepi sup cendawan. Tak pastilah bila saya masak hidangan ni😂. Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Cendawan tiram-dicarik
3 ulas bawang putih-diketuk
2 sudu ikan bilis tumbuk
1/2 inci halia-diketuk
Air-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, ikan bilis dan halia. Biarkan sehingga garing.

2. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

3. Masukkan cendawan dan kacau. Biar seketika.

4. Masukkan garam dan kacau.

7. Hidangkan sup cendawan tiram yang sudah siap dimasak.

Sup Cendawan Tiram

Resepi ni mudah je. Yang masih baru belajar memasak pun boleh cuba. Bagi yang ada resepi lain untuk cendawan tiram, jangan segan untuk ceritakan di ruangan komen. 

Selamat mencuba resepi sup cendawan tiram versi Jannah. Terima kasih sudi singgah ke blog The Wonderful Jannah. Jumpa lagi😊.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Senang jer masak sup ni tp mslhnya sy x pandai mkn cendawan tiram ni selain digoreng tepung je... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Saya selalunya memang buat sup je. Jarang goreng cendawan tiram ni.

      Delete

Post a Comment