Resepi Spaghetti Goreng Tom Yam

Hai semua. Entri kali ini adalah berkaitan resepi spaghetti goreng tom yam.

Selalunya kita dengar tentang spaghetti carbonara, bolognese ataupun aglio olio. Namun, saya inginkan sedikit kelainan. Disebabkan Jannah Ramli memang dikenali dengan resepi-resepi berasaskan tom yam, jadi saya dan adik cuba untuk memasak spaghetti goreng tom yam.

Untuk resepi ni, memang saya tak letakkan garam sebab pes tom yam sudah ada rasa masin. Jom kita baca resepi penuh.

Bahan-bahan
Spaghetti-dicelur
Bawang putih-dicincang (kuantiti bergantung kepada kuantiti spaghetti)
Bawang besar-dicincang (kuantiti bergantung kepada kuantiti spaghetti)
Sosej ayam-dihiris
Lobak merah-dipotong dadu
Pes tom yam-secukupnya
Air-sedikit sahaja
Minyak masak-minyak zaitun/minyak masak biasa

Hiasan (tak wajib)
Timun-dihiris

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar.

2. Apabila bawang sudah garing, masukkan sosej ayam. 

3. Masukkan lobak merah lalu kacau seketika.

4. Setelah lobak merah agak lembut, masukkan pes tom yam.

5. Masukkan air dan biarkan seketika.

6. Masukkan spaghetti dan kacau hingga sebati.

7. Tutup api dan angkat spaghetti. Hiaskan dengan timun.

Spaghetti Goreng Tom Yam

Nampaknya resepi berasaskan tom yam ni menjadi sekali lagi. Memang sedap spaghetti goreng tom yam. Yang belum pernah cuba, bolehlah cuba masak resepi ni. 

Agak-agaknya makanan apa lagi yang sesuai dimasak dengan pes tom yam? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Jumpa lagi dalam entri akan datang😊.

*Tambahkan minyak zaitun semasa mencelur spaghetti untuk elakkan spaghetti melekat.

Comments

  1. Tak pernah buat version tom yam ni...nak cuba la nanti

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik pula buat versi tomyam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik, Kak Sha. Beza sikit dari yang biasa.

      Delete
  3. sedap juga bila di goreng macam ni kan Jannah

    ReplyDelete
  4. sedapnya spagheti tomyam ni. menarik resepi. nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. semua bahan ada ni.. nanti kite try :)

    ReplyDelete
  6. mcm sedap je ni jannah... kakmim salu buat meehoon goreng tomyam je, spagetti x penah lg try.. menarik ni

    ReplyDelete
  7. Nak cuba la untuk cheat day ahad ni.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Tak delah rajin sangat😅. Tiba-tiba teringin nak makan spaghetti.

      Delete

Post a Comment