Resepi Spaghetti Aglio Olio Ayam

Hai semua. Hari ni saya akan kongsikan resepi spaghetti aglio olio ayam. Resepi ini terdapat dalam dua versi.

Beza versi pertama dan kedua adalah sayur yang digunakan. Jadi, anda bolehlah pilih versi yang bersesuaian dengan bahan yang ada di rumah. Yang ada oregano, bolehlah tambahkan dalam spaghetti juga.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan (Versi 1)
Spaghetti-dicelur
Bawang putih-dicincang (kuantiti bergantung kepada kuantiti spaghetti)
Ayam-dipotong kecil
Brokoli-dipotong
Bawang besar-dihiris
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Keju parmesan-secukupnya
Minyak zaitun

Bahan-bahan (Versi 2)
Gantikan brokoli dengan lobak merah (dipotong dadu)

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Apabila bawang putih sudah garing, masukkan ayam. 

3. Masukkan brokoli/lobak merah lalu kacau seketika.

4. Setelah brokoli/lobak merah agak lembut, masukkan spaghetti. Kacau seketika.

5. Masukkan bawang besar lalu kacau.

6. Apabila bawang besar sudah agak layu, masukkan garam, serbuk lada hitam dan keju parmesan. Kacau hingga sebati.

7. Tutup api dan angkat spaghetti. Hiaskan dengan serbuk lada hitam dan keju parmesan.

Spaghetti Aglio Olio Ayam Versi 1

Spaghetti Aglio Olio Ayam Versi 2

Sebenarnya, bawang besar tu tak wajib pun tapi bawang besar dapat memberikan rasa manis. Keju parmesan dan serbuk lada hitam tu kalau letak banyak lagi sedap. Apa-apa pun semua bergantung pada cita rasa masing-masing.

Sesiapa yang ada resepi lain untuk spaghetti, dialu-alukan untuk berkongsi di ruangan komen.

Jumpa lagi dalam entri akan datang😊.

*Tambahkan minyak zaitun ketika mencelur spaghetti untuk elakkan spaghetti melekat.
*Untuk rasa yang lebih sedap, masak spaghetti secara berasingan untuk setiap orang dan masak dekat dengan waktu makan.

Comments

  1. antara menu favret.. sedap nampak tu..
    kalau rumah sebelah2 lama da pi mintak sikit hhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Salah satu menu favourite saya juga ni.

      Delete
  2. Sedapnya.. Dah lama tak masak spaghetti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah masak spaghetti pula lepas ni, Kak Sha😁.

      Delete

Post a Comment