Resepi Ikan Bilis Goreng Yang Mudah

Hai semua. Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan resepi ikan bilis goreng. Saya buat dua versi, dengan kicap dan tanpa kicap.

Resepi ni memang khas untuk yang tak ada banyak bahan di rumah dan nak masak sesuatu yang mudah tapi sedap. Garam pun tak diperlukan sebab ikan bilis dah masin. Tanpa melengahkan masa, jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan 
Ikan bilis
3 ulas bawang putih-diketuk
1/2 biji bawang besar-dihiris
Kicap pekat-secukupnya
Minyak masak

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan letakkan dalam satu pinggan.

2. Masukkan bawang putih dan biarkan sehingga garing.

3. Masukkan ikan bilis dan bawang besar lalu kacau.

4.  Masukkan kicap pekat dan kacau hingga sebati.

5. Apabila bawang besar sudah agak layu, tutup api dan angkat ikan bilis yang sudah siap digoreng.

Ikan Bilis Goreng Dengan Kicap

Ikan Bilis Goreng Tanpa Kicap

Bagi yang suka ikan bilis tu, bolehlah cuba resepi ni. Untuk rasa yang lebih sedap dan rangup, pastikan anda makan ketika ikan bilis goreng tu masih panas. 

Jumpa lagi dalam entri lain😊.

*Boleh rendam ikan bilis dalam air buat seketika untuk kurangkan rasa masin.

Comments

  1. Walaupun simple. Menu macam nilah yang akan membuatkan nasi kita bertambah-tambah.

    Lama dah tak buat.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sedap ni, saya selalu gu kan dengan kari ke sup ke hehe

      Delete
    2. Ooh. Kadang-kadang saya tak letak kicap juga.

      Delete
  3. lauk wajib ada kalo malas sangat nak masak.. lauk cmni wajib buat nasi beetambah-tambah :-)

    ReplyDelete
  4. Menu pembuka selera semasa bersahur.. hehehe.. Tambah cili padi, kacang atau tempe pun sedap nie..

    ReplyDelete

Post a Comment