Review KFC Original Recipe Burger

Hai semua. Hari ini saya nak buat satu lagi review untuk burger KFC. Untuk entri hari ini, saya akan fokuskan kepada review KFC Original Recipe Burger.

Disebabkan dah lama tak ke KFC, saya tak perasan pula yang KFC telah keluarkan menu KFC Original Recipe Burger ni. Apabila tengok gambar burger, macam tak ada kombinasi apa-apa sos istimewa pun. 

Tapi ada orang beritahu yang burger ni sedap. Jadi, saya pun belilah melalui aplikasi Foodpanda. Saya beli box meal dengan harga RM 19.99.

Jom kita lihat KFC Original Recipe Burger ni.

KFC Original Recipe Burger

KFC Original Recipe Burger

Box meal ini disertakan juga dengan fries, ayam goreng KFC dan air. Untuk burger pula, terdapat salad, mayones dan kepingan keju. Dari segi saiz, sama sahaja seperti burger KFC yang lain.

Pada pendapat saya, KFC Original Recipe Burger ni tak kering kerana mayones yang diberikan agak banyak. Namun, rasanya agak masin. Ayam goreng KFC pula agak kecil kali ini walaupun beli di cawangan yang sama. 

Sejujurnya, jangkaan saya untuk burger ni agak tinggi disebabkan ada orang yang sarankan saya untuk cuba menu ni. Komponen semua dah bagus cuma ada masalah dari segi keseimbangan rasa je.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Original Recipe Burger:
Rasa- 3.8
Rupa-4.0
Kuantiti-4.0
Harga-3.8
Jumlah: 3.9 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Original Recipe Burger ni satu percubaan yang baik tapi tak ada wow factor. Kemungkinan besar saya tak akan repeat order selepas ini sebab ada burger KFC yang lain lebih kena dengan selera saya. 

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 



Comments

  1. Oh..ada erk..bleh la beli rehat esok masa kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Tapi tak pastilah burger ni limited time ataupun tak.

      Delete
  2. Haritu kerja part time kfc, macam tak pernah nampak burger ni hehehe, burger baru keluar kotttt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak perasaan bila burger ni diperkenalkan. Tahu pun sebab ada orang yang beritahu.

      Delete

Post a Comment