KFC Malaysia telah mengembalikan menu burger, iaitu KFC Zinger Cheezilla. Menu ini mula dikeluarkan beberapa tahun lepas tapi saya belum pernah cuba lagi.
Disebabkan burger ni nampak menarik dalam iklan, saya pun teringin nak cuba. Namun, apabila melihat harganya rasa tak jadi pula nak beli.
KFC Zinger Cheezilla ini antara hidangan yang mahal. Di aplikasi Foodpanda, harga bagi hidangan ala carte adalah RM 17.99. Bagi box meal pula, harganya RM 25.99.
Memandangkan saya bukanlah seorang yang suka habiskan banyak duit untuk makanan, saya pun ubah fikiran dan beli hidangan lain. Saya memang akan fikir banyak kali kalau nak beli makanan yang harga atas RM 20. Kalau yang ala carte pula macam tak berbaloi sebab dapat burger je.
Lagipun saya sendiri tak pasti sama ada rasanya kena dengan selera saya ataupun tidak. Jadi, saya hanya rasa Zinger Cheezilla orang lain.
KFC Zinger Cheezilla |
Dari segi saiz, KFC Zinger Cheezilla ni memang lagi besar saiznya berbanding burger KFC yang lain. Untuk tanggapan pertama, memang burger ni nampak menyelerakan. Bagi set box meal, terdapat ayam goreng KFC, fries dan air.
Dalam burger tu, terdapat patty keju mozarela, filet zinger, salad dan sos keju (macam sos dalam KFC Zinger Cheezy). Saya ingatkan ada mayones tapi tak ada.
Kesimpulannya, KFC Zinger Cheezilla ni sedap rasanya walaupun keju tu dah tak bertali (mengikut citarasa saya). Cuma saya tak pasti sama ada saya akan beli burger ni atau tak sebab harganya yang mahal. Mungkin harganya mahal disebabkan keju mozarela. Tapi kalau ada orang belanja, saya akan order burger ni😂.
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Cheesy & Spicy BBQ
Review KFC Zero Chicken Burger
Review KFC Cereal Cheezy Fries
Akak pun tak pernah lagi try. Kemudian, kalau bab² burger di jarang jugak nak membeli.
ReplyDeleteSamalah kita, kak. Saya oun kurang minat burger kecuali burger KFC.
DeleteSamalah.. Bila tengok harganya terus rasa tak jadi nak beli.. Hahaha.. Dah jadi makanan golongan kayangan..
ReplyDeleteBetul tu, Kak Sha. Terus tukar fikiran.
DeleteHarga kayangan tapi tgk bahan Dalam burger mmg neriah
ReplyDeleteBetul tu. Harganya mahal tapi saiz burger agak besar dan bahan-bahan pun banyak juga.
Deletelamanya x makan burger kfc.
ReplyDeletedok la beli set ayam aje. anak2 nak makan ayam nyer kan.
sesekali nanti, nak suruh diorang rasa burger kfc plak :)
berbeza dgn mcD.
Dulu saya selalu beli ayam KFC je sebab saya bukan peminat burger. Tapi burger KFC yang ni kena dengan selera saya.
Delete