Resepi Mushroom Soup Ala Pizza Hut Bersama Garlic Bread

Hai semua. Entri kali ini khas buat mereka yang suka mushroom soup. Saya kongsikan resepinya bersama dengan resepi garlic bread.

Saya memang peminat mushroom soup. Dulu, saya selalu beli kalau ke Pizza Hut. Setakat ni, mushroom soup Pizza Hut memang yang paling sedap bagi saya. Tapi sejak pandemik ni, dah lama tak ke Pizza Hut.

Jadi, saya dan adik saya pun masaklah sendiri mushroom soup di rumah.

Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan untuk mushroom soup
Cendawan shitake-dihiris
Cendawan butang putih-dihiris
1/2 biji bawang Holland-dipotong dadu
3 ulas bawang putih-dicincang
50g stok ayam-dibancuh dengan 500ml air
Tepung gandum-secukupnya
2 helai daun salam (bay leaves)
Cooking cream-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Mentega-untuk menumis
Minyak masak-menumis

Bahan-bahan untuk garlic bread
Roti Perancis/baquette-dipotong
Mentega (unsalted)-secukupnya
Bawang putih-dicincang
Garam-secukupnya
Serbuk parsli-secukupnya

Cara memasak mushroom soup
1. Panaskan periuk lalu masukkan mentega dan minyak masak. Biarkan sehingga mentega cair sepenuhnya.

2. Masukkan bawang Holland dan bawang putih. Tumis sehingga layu dan naik bau.

3. Masukkan cendawan shitake dan cendawan butang putih lalu kacau dan biarkan seketika.

4. Masukkan tepung gandum (untuk pekatkan sup) dan kacau.

5. Masukkan stok ayam lalu biarkan seketika.

6. Masukkan daun salam. Biarkan sehingga nmendidih lalu keluarkan daun salam tersebut.

7. Kisar sup dan masukkan cooking cream. Kacau seketika.

8. Masukkan serbuk lada hitam lalu kacau hingga sebati.

9. Tutup api dan hidangkan mushroom soup yang sudah siap dimasak.

Cara memasak garlic bread
1. Masukkan mentega ke dalam satu mangkuk.

2. Masukkan bawang putih cincang lalu gaul.

3. Masukkan garam dan serbuk parsli. Gaul hingga sebati.

4. Sapukan campuran mentega ke atas roti.

5. Taburkan serbuk parsli ke atas roti.

6. Bakar roti pada suhu 150 °C selama 7-10 minit.

7. Hidangkan garlic bread bersama mushroom soup.

Mushroom Soup Bersama Garlic Bread

Memang sedap apabila makan garlic bread dengan mushroom soup tu terutamanya kalau makan semasa makanan tu masih panas. Berkali-kali kami makan sebab masakan kali ni menjadi😂.

Cuma tempoh memasak agak lama dan bahan-bahan yang diperlukan agak mahal. Kalau ramai yang makan, berbaloilah masak sendiri. 

Tapi kalau setakat seorang je yang nak makan, lagi jimat kalau beli yang dah siap. Lagipun bahan-bahan seperti cooking cream dan roti Perancis mempunyai jangka hayat yang pendek. Memang struggle nak habiskan kalau makan seorang diri.

Selamat mencuba resepi di atas.

*Video sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Rajin betoi JR buat mushroom soup from scratch 👏🏻🤓👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sama-sama dengan adik, CS. Kalau seorang, memang pilih untuk beli je yang dah siap dimasak😂.

      Delete
  2. Nampak sedap sgt tu.. lagi untung buat sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk makan ramai-ramai, memang lebih berbaloi masak sendiri. Kalau nak makan seorang diri, lebih berbaloi beli yang dah siap😂.

      Delete
  3. Sedapnya.. tak pernah cuba buat sendiri.. selalu makan yang Pizza punya atau subway je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalunya beli mushroom soup Pizza Hut je.

      Delete

Post a Comment