Resepi Baked Potato Yang Simple Tapi Sedap

Hai semua. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia di blog ini. Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan resepi baked potato yang simple tapi sedap.

Cara memasaknya mudah dan bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Masa penyediaan untuk bahan-bahan pun tak mengambil masa yang lama.

Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Kentang-dipotong seperti wedges
Thyme-secukupnya
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Paprika-secukupnya
Minyak zaitun-secukupnya
Parsli-secukupnya

Cara memasak
1. Masukkan thyme, serbuk lada hitam, paprika, minyak zaitun dan garam ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati.

2. Masukkan kentang lalu gaul hingga sebati.

3. Masukkan kentang ke dalam air fryer (boleh letakkan kentang atas aluminium foil kalau ada). 

4. Bakar kentang pada suhu 150 °C selama 20 minit.

5. Setelah kentang masak, taburkan parsli.

6. Hidangkan baked potato yang sudah siap dimasak.

Baked Potato

Baked potato tu nampak macam simple je tapi bahan perapan tu membuatkan rasanya sedap. Tapi kena makan masa kentang tu masih panas. Kalau nak makan dengan sos cili pun boleh.

Cuma tak boleh masukkan banyak kentang sekaligus ke dalam air fryer untuk pastikan kentang dimasak dengan sekata. 

Memang akan masak lagi baked potato ni sebagai pilihan makanan yang lebih sihat berbanding kentang sejuk beku yang dibeli di pasar raya. Kuantiti garam pun kita dapat kawal. Tapi kalau sibuk sangat, memang beli jelah apa yang ada di pasar raya😂.

Selamat mencuba resepi ini dan jumpa lagi.

#Versi video sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Nampak sedap tu...boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  2. Cheq punya versi pula rebus dulu kentang tu selama 5 minit camtu, kendian baru bakar dalam airfryer. Tekstur dalam dia jadi lebih gebu gitu, luar jadi garing 🤓

    ReplyDelete
  3. Wah, boleh cuba resipi nie.. Dahlah saya nie peminat kentang yang tegar...

    ReplyDelete
  4. Wow sedap.ni makan dgn telur goreng sunny side up

    ReplyDelete
  5. nnt nak cuba lah. tq for the recipe.

    ReplyDelete
  6. wahh.. weekend nak cuba resepi jannah ni. saya peminat potato. cfrm sedap ni

    ReplyDelete
  7. Sedap ni. Tambah2 kalau dapat makan dengan steak.Yum

    ReplyDelete
  8. Wah sedap nie.. Makan sambil membaca, emmang layan nie..

    ReplyDelete

Post a Comment