Resepi Ayam Goreng Korea

Ayam goreng Korea kian popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin berkongsi resepi ayam goreng Korea. Terdapat pelbagai cara untuk memasak ayam goreng ini tetapi saya memilih untuk menggunakan resepi yang mudah sahaja. Anda boleh mencipta resepi yang baru mengikut kreativiti dan citarasa anda.

Bahan-bahan untuk ayam goreng
4 ketul ayam-potong kecil dan bersihkan
3 sudu tepung gandum-saya guna sudu sup
Air secukupnya
Tepung goreng Seri Aji secukupnya-boleh guna tepung hot & spicy kalau nak pedas
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sos
5 sudu sos cili Kimball
3 sudu sos tomato Kimball
1 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih dan bawang besar)
1 sudu lada kering kisar-ikut tahap kepedasan masing-masing
Jus lemon-saya guna suku biji lemon
Madu secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak


Hiasan
2 biji tomato ceri-potong dua
*Biasanya orang gunakan bijan tapi kalau tiada bijan boleh gunakan salad, timun, daun bawang dan sebagainya.

Cara memasak ayam goreng
1. Masukkan tepung gandum dan serbuk lada hitam ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ayam ke dalam adunan tepung.


3. Tuang tepung goreng Seri Aji ke dalam satu bekas lain dan salut ayam yang telah dicelup dalam adunan tepung dengan tepung goreng tersebut lalu masukkan ke dalam kuali.



4. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

Ayam goreng tanpa sos

Cara memasak sos untuk ayam
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan lada kering kisar. Goreng sehingga garing.

2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lalu masukkan madu dan  gula. Biarkan seketika dan masukkan jus lemon. Jika sos terlalu pekat, tambah sedikit air. Gaul hingga sebati.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali. Kacau sehingga semua bahagian ayam telah disalut dengan sos.

4. Angkat dan hiaskan dengan tomato ceri.

Ayam goreng Korea

Boleh dihidang dengan fries

Selamat mencuba😊

Baca resepi yang lain:
Resepi cendawan tiram goreng

Comments

  1. Ohoi.. sedapnya.. meh hantar sini sikit.. 😋😋

    ReplyDelete
  2. Sedapnya,tetiba lapar pulak 🤣🤣🤣
    https://thekhairina.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairinakhdin, boleh lah sedia bahan untuk memasak😂 Btw terima kasih sudi singgah ke blog ni. Saya akan buat kunjugan balas ke blog awak.

      Delete
  3. hiks, lapar lapar .... insya allah kak pip nak try nanti resepi ni..dah bookmark tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jangan tak cuba. Bolehlah update di blog Kak Pip nanti.

      Delete

Post a Comment