Resepi Cendawan Tiram Goreng

Hari ini buat pertama kalinya saya ingin berkongsi resepi masakan di blog ini. Untuk entri resepi ini, saya ingin kongsikan resepi cendawan tiram goreng yang sesuai dijadikan minum petang. Tempoh memasaknya tidak begitu mengambil masa yang lama dan sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk. Sebelum kita lihat cara-cara untuk memasaknya, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan. Semua bahan yang saya gunakan adalah amat mudah untuk diperoleh.

Bahan-bahan
5 bungkus cendawan tiram-bersihkan
Tepung gandum secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Cendawan tiram

Cara memasak
1. Masukkan tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam ke dalam satu bekas. Boleh tambah serbuk kunyit jika ingin cendawan tiram yang digoreng berwarna kekuningan. Jika mahu rasa yang agak pedas boleh gunakan serbuk cili dan serbuk kari. Gaul hingga sebati.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup cendawan tiram ke dalam adunan tepung lalu masukkan ke dalam kuali.


Cendawan tiram dicelup ke dalam adunan tepung

3. Goreng sehingga keperangan.

4. Angkat dan tos.

Sedia untuk dihidangkan😋

Selamat mencuba. Saya akan kongsikan lebih banyak resepi dalam entri yang akan datang.

Baca resepi yang lain:
Resepi ayam goreng Korea

Comments

Post a Comment