Review Set Nasi McD

Set Nasi McD mula diperkenalkan pada tahun ini sekitar bulan Mei yang lalu. Di Malaysia, McD terkenal dengan burgernya tetapi McD cuba menawarkan sesuatu yang berbeza dengan mengeluarkan set nasi ini. Terdapat 3 pilihan untuk nasi McD iaitu dengan telur, ayam goreng McD atau kedua-duanya.

Nasi McD
Saya memilih untuk membeli nasi McD dengan ayam goreng McD yang berharga RM 10.60. Bagi saya, harga untuk nasi ini agak mahal kerana nasi ini dijual secara ala carte (tidak disertakan minuman atau apa-apa hidangan sampingan). Set nasi McD terdiri daripada nasi (tak pasti nasi apa sebenarnya), ayam goreng McD, salad dan sambal. Kuantitinya agak banyak dan bagi yang tidak banyak makan, anda pasti berasa kenyang walaupun hanya memakan satu nasi McD. Dari segi pembungkusan, nasi McD dibungkus di dalam kotakBerdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

Set Nasi McD:
Rasa-4.0
Kuantiti-4.2
Harga-3.0
Pembungkusan-4.5
Jumlah: 3.9 daripada 5 bintang

Ini bukanlah kali pertama saya mencuba nasi McD. Saya merasakan bahawa nasi McD kali ini berbeza rasanya walaupun  saya membelinya di tempat yang sama. Saya lebih suka nasi McD yang saya makan sebelum ini.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan McD yang berbeza. Jika anda ada pendapat sendiri, sila kongsi di ruangan komen.

Comments

  1. Tak pernah cuba.. tak berapa menyakinkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kali pertama beli oklah. Tapi bila cuba beli lagi rasanya dah tak sama macam yang mula-mula beli dulu. Kalau akak cuba , boleh lah buat review jugak :)

      Delete

Post a Comment