Review Telefilem 30 Hari Membunuh Cinta Karya Fendy Bakry dan Amelia Henderson

Hai, semua.
Seperti yang dijanjikan, saya akan buat review untuk Telefilem 30 Hari Membunuh Cinta yang telah disiarkan pada 3 November yang lalu. Sesiapa yang belum baca details  tentang telefilem ni, boleh baca entri saya sebelum ni (klik untuk baca). Telefilem ini merupakan kali pertama saya melihat gandingan Fendy Bakry dan Amelia Henderson. Jalan ceritanya lebih tertumpu kepada dua watak utama tersebut. Perkenalan antara dua individu yang begitu berbeza personaliti dan gaya hidup dipaparkan dalam telefilem ini.


Image result for 30 hari membunuh cinta
Sumber: Google


Review Telefilem 30 Hari Membunuh Cinta
Telefilem ini berdurasi 2 jam dan saya rasa pertemuan antara dua watak utama iaitu Rara (Amelia Henderson) dan Syawal (Fendy Bakry) agak lambat. Permulaan telefilem memaparkan situasi Rara ditinggalkan kekasihnya dan interview yang diadakan untuk mencari seseorang yang dapat membantu Rara untuk move on. Setelah  lebih kurang 30 minit disiarkan, barulah Rara dan Syawal bertemu. Mereka bertemu ketika kakak Rara, Dada (Amira Othman) membawanya ke gim untuk meneruskan pencarian.

Terdapat babak-babak yang lucu terutamanya ketika awal pertemuan Rara dan Syawal. Hal ini kerana sikap mereka yang begitu berbeza. Rara sangat sukakan perhatian dan mahu semua perkara mengikut aturannya manakala Syawal seorang yang kasar dan susah untuk senyum (muka ketat). Pada saya, watak Syawal begitu berbeza dengan watak-watak yang pernah dilakonkan oleh Fendy Bakry sebelum ini. Penonton juga boleh melihat Fendy Bakry dan Amelia Henderson menyanyi lagu rap di dalam telefilem ini.

Pengajaran
-Berfikir sebelum bertindak. Tindakan Rara yang terus menolak apabila Syawal melamar membuatkan dirinya tidak keruan dan mula mencari Syawal kembali.
-Tegas dengan pendirian. Rara tidak mahu kembali kepada kekasihnya setelah dia ditinggalkan.
-Melayan pelanggan dengan baik. Syawal dipecat kerana dia melayan pelanggan di tempat kerjanya dengan kasar dan tidak suka senyum.
-Tidak terlalu memilih pekerjaan. Syawal bekerja di gim dan menjual durian walaupun pekerjaan itu tidak ada kaitan dengan kelulusannya semasa menunggu tawaran pekerjaan yang setaraf dengan kelulusannya. Sikap Syawal boleh menjadi contoh kepada para graduan yang menganggur.

Secara keseluruhannya, saya beri 8.8/10 bintang. Sesiapa yang terlepas untuk menonton telefilem ini, bolehlah tunggu siaran ulangan di Astro Citra. Jumpa lagi di entri seterusnya😊

Comments