Anugerah Pengkomen Unggul 2018 dari Etuza

Hai, semua.
Nampaknya kita sudah menghampiri penghujung tahun 2018. Syukurlah pada akhir tahun 2018 ini banyak perkara baik yang terjadi. Salah satunya ialah saya terpilih sebagai pengkomen unggul 2018 di blog Etuza. Terdapat 12 orang blogger yang terpilih berdasarkan jumlah komen yang ditinggalkan di blog tersebut.

Sebenarnya saya pun tidak sangka yang saya akan mendapat anugerah ini kerana saya baru sahaja menceburi dunia blogging pada Oktober yang lalu. Perkenalan saya bersama blogger Etuza bermula apabila beliau berkunjung ke blog ini dan meninggalkan komen bahawa beliau telah follow blog ini. Sebagai penghargaan kepada beliau, saya telah singgah ke blog beliau lalu mengambil keputusan untuk follow blog Etuza.

Pada 21 Disember yang lalu, saya mendapati bahawa saya tidak terpilih sebagai pemenang untuk Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi lalu saya membuat blogwalking  ke blog-blog yang lain. Walaupun agak kecewa, tetapi saya anggap bukan rezeki untuk menerima hadiah tersebut. Apabila saya singgah ke blog Etuza, saya mendapati bahawa nama saya berada dalam senarai pengkomen unggul bagi tahun 2018 (rezeki yang memang tidak dijangka).

Hadiah telah dipos oleh Cikgu Etuza pada 26 Disember dan sampai pada 28 Disember. Hadiah yang diberikan adalah produk minuman Elken. Saya mendapat minuman kopi elcafe. Ada juga rakan blogger yang mendapat minuman coklat. Boleh lihat gambar hadiah di bawah.

Hadiah untuk Anugerah Pengkomen Unggul 2018

Minuman elcafe dan kad ucapan

Terima kasih kepada Cikgu Etuza atas hadiah yang diberikan. Semoga Cikgu dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik agar boleh terus berbakti kepada masyarakat. Tahniah kepada penerima anugerah yang lain. Semoga kita dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama rakan blogger dan terus menulis di blog.

Jumpa lagi dalam entri yang akan datang😊

*Rezeki setiap orang itu berbeza-beza. Tidak semestinya gagal di satu tempat, anda gagal selamanya. Mungkin rezeki anda di tempat lain. 


Comments

  1. Replies
    1. Yay, semalam sampai tapi hari ni baru sempat nak update.

      Delete
  2. Asalam..Ya Allah syukur padaMu telah selamat sampai di alamat dituju.
    Alhamdulillah. Sangat hargai ..kita memberi dgn ikhlas ya JR tahniah ya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih doa tulus dan promot blog Etuza..teruskan berblog berukuhuwa ya

    ReplyDelete

Post a Comment