Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi

Hai, semua.
Jom sertai Mystery Boxes Giveaway yang dilakukan oleh Liyana Jasmi. Beliau akan berikan 5 hadiah misteri kepada 5 pemenang. Saya pun baru sahaja tahu mengenai GA ni semasa blogwalking. Memandangkan penyertaan masih dibuka, saya mahu mencuba nasib mana tahu ada rezeki untuk menjadi salah seorang penerima hadiah misteri. Untuk pengetahuan semua, terdapat 6 barang dalam setiap kotak misteri dan pemenang akan dipilih secara rawak. Kalau anda nak join, boleh klik banner di atas.

Syarat-syarat penyertaan untuk Giveaway ini juga tidak susah kerana anda hanya perlu tulis satu post tentang Giveaway ni dan tag 3 orang bloggers (jangan lupa beritahu blogger yang anda tag tu). Tapi pastikan anda follow blog Liyana Jasmi dulu (klik sini) . Disebabkan tiada perkara yang specific harus ditulis untuk post ini, jadi saya akan membuat sedikit review tentang blog Liyana Jasmi.

Review Blog Liyana Jasmi:
Kali pertama saya melawat blog Liyana Jasmi adalah semasa blogwalking. Kebanyakkan blog yang saya singgah membuat post  tentang Giveaway yang dilakukan oleh beliau. Jadi, saya mengambil keputusan untuk singgah ke blog beliau untuk melihat apa yang menarik. Dari segi design, blog beliau kelihatan simple dan tidak berserabut. Kebiasaannya blogger yang saya temui berumur sekurang-kurangnya 20-an. Saya tidak sangka yang beliau lebih muda daripada saya dan baru memulakan pengajian pada peringkat asasi. Disebabkan jarak umur yang tidak begitu jauh, saya merasakan kandungan blog beliau sesuai untuk saya dan banyak perkongsian yang bermanfaat. Beliau juga telah lama berkecimpung dalam dunia blogging ini. Selain itu, masa untuk loading blog juga tidak begitu lama kalau sambungan Internet bagus.

3 orang bloggers yang saya nak tag:

*Tarikh tutup untuk Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi ni ialah pada 16 December 2018 dan pengumuman pemenang akan dilakukan pada 20 December 2018. Jadi, cepatlah join sebelum terlambat. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hadiah misteri. 

Comments

Post a Comment