Segmen Bloglist "THE LITTLE FELLA'S"

Segmen Bloglist by The Kaellaaaa
Hai, semua.
Semasa blogwalking hari ini, saya ternampak pencarian bloglist di blog The Kaellaaaa. Ini merupakan kali kedua saya menyertai pencarian bloglist. Sememangnya aktiviti sebegini bagus untuk blogger baru mengenali blogger-blogger senior dan saling berkunjung ke blog. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pencarian bloglist ini, anda perlu follow blog The Kaellaaaa dan Instagram @ kaellaaaa terlebih dahulu.

Kalau anda rasa tiada idea untuk menulis entri bagi pencarian bloglist ini, jangan risau kerana tiada perkara spesifik yang harus anda tulis. Kalau anda membaca entri saya sebelum ini, anda pasti tahu bahawa saya akan membuat sedikit review tentang blog yang menganjurkan segmen/giveaway dan juga tentang penulisnya. Jadi, mari kita mulakan.

Penulis blog:
Beliau bernama Noradziella Bte Uddyen tetapi gemar menggunakan nama Kaellaaaa dalam dunia blogging. Beliau merupakan seorang gadis yang berasal dari Sabah. Selain menjadi blogger, beliau juga bekerja sebagai seorang guru.

Review blog:
Saya menyukai template  yang digunakan di blog The Kaellaaaa. Hal ini kerana saya sukakan background  yang berwarna putih dan tidak terlalu berwarna-warni. Blog The Kaellaaa juga nampak kemas dan tersusun dengan baik. Perkongsian di blog tersebut termasuklah gaya hidup, makanan dan resepi. Nampaknya kami ada persamaan dari segi pemilihan content  untuk blog. Rasanya saya akan sering berkunjung ke blog tersebut memandangkan perkara yang dikongsi dapat menarik minat saya walaupun ini merupakan pertama kali saya berkunjung ke blog The Kaella.

Semoga berjaya kepada semua yang menyertai pencarian bloglist  ini.

*Tarikh tutup untuk Segmen Bloglist by The Kaellaaaa ini ialah pada 31 December 2018. Jom sertai pencarian ini dan jangan lepaskan peluang untuk mengenali rakan-rakan blogger yang lain.

Comments

Post a Comment