Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari-Disember)


Di hujung tahun ni ramai betul blogger yang menganjurkan segmen. Semasa blogwalking, saya terjumpa satu segmen pencarian bloglist yang dianjurkan oleh YEASLMN. Beliau akan masukkan semua blog yang menyertai segmen ini ke dalam bloglist. Yang paling menarik adalah blog anda akan berada dalam bloglist tersebut selama setahun.

Sesiapa yang berminat untuk sertai boleh klik banner di atas. Anda hanya perlu follow blog dan akaun G+ yeaslmn. Memandangkan saya tidak mempunyai akaun G+, saya harap syarat tersebut dapat digantikan dengan follow Instagram @cik.ku49 (dah lama follow sebenarnya😂). Syarat penyertaan untuk segmen ini sangat mudah kerana anda tidak perlu menulis entri yang spesifik tapi saya tetap ingin membuat review mengenai blog YEASLMN.

Penulis blog:
YEASLMN merupakan singkatan kepada nama penulis blog iaitu Yangku Elma Ayyunie Sulaiman. Beliau berusia 24 tahun dan berasal daripada Negeri Sembilan. Beliau baru sahaja kembali ke dunia blogging pada Oktober yang lalu setelah sekian lama menyepi. Beliau merupakan antara followers terawal blog ini dan antara rakan blogger yang menjadi  follower saya di Instagram @thewonderfuljannah (antara rakan blogger yang friendly😊). Beliau juga rajin meninggalkan komen di blog rakan-rakan blogger. 

Review blog:
Blog YEASLMN banyak menceritakan tentang makanan (semuanya nampak sedap), percutian, kesihatan dan juga tips/info yang bermanfaat. Template  yang digunakan ringkas dengan sedikit warna merah jambu. Selain itu, loading time agak cepat jika sambungan Internet anda laju. Susunan di blog juga nampak kemas. Marilah singgah ke blog YEASLMN untuk lihat apa yang dikongsikan oleh beliau.

*Tarikh tutup untuk Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari-Disember) ini ialah pada 31 December 2018. Jom rama-ramai kita memeriahkan segmen ini.


Comments

  1. Terima kasih join ya Jannah. Takde Google+ pun xpe. Penyertaan diterima. Hihi. Dan terima kasih sudi review juga! 😍

    ReplyDelete
  2. salam singgah.

    https://thecoretanpena.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ke sini. Salam perkenalan.

      Delete

Post a Comment