8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!
8 Juta Special Bloglist by Sayidah Napisah
Hai, semua😊.
Blogger Sayidah Napisah sedang menganjurkan segmen pencarian bloglist kerana page views blog beliau telah mencecah 8 juta. Sesiapa yang terpilih akan kekal di bloglist sehingga page views mencecah 9 juta.  Kalau anda ingin sertai segmen ini boleh klik banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan.

Syarat pertama untuk menyertai segmen ini ialah anda perlu follow media sosial Sayidah Napisah. Memandangkan beliau merupakan antara rakan blogger yang saya kenali ketika mula menceburi dunia blogging, saya sudah lama follow blog dan media sosial beliau. Untuk segmen ini, para peserta harus memberi cadangan untuk tajuk entri yang mereka ingin beliau tulis (satu atau lebih). Jadi, mari kita lihat beberapa tajuk entri yang ingin saya cadangkan.

Tips untuk yang ingin jadi tutor peribadi
Sesiapa yang mengikuti blog Sayidah pasti mengetahui bahawa beliau merupakan seorang tutor untuk subjek matematik (matematik tambahan, calculus). Saya juga mempunyai pengalaman menjadi tutor tetapi secara tidak berbayar😂 (sekadar berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat). Saya harap Sayidah dapat memberikan tips untuk mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang private tutoring. Contohnya, bagaimanakah untuk meletakkan upah mengajar per jam, lokasi terbaik untuk mengadakan kelas (buat di rumah sendiri/datang ke rumah pelanggan) dan bahan pengajaran yang digunakan (buku teks/past year questions/buku latihan/modul pembelajaran sendiri).

Pengalaman menjalani latihan industri dan membuat projek tahun akhir
Memandangkan Sayidah merupakan seorang graduan universiti, saya berharap beliau dapat berkongsi pengalaman beliau di universiti. Saya ingin mengetahui bagaimana beliau memilih syarikat untuk latihan industri dan pengalaman sepanjang tempoh latihan industri tersebut. Selain itu, adalah sesuatu yang baik jika beliau dapat berkongsi tips untuk pelajar universiti yang ingin membuat projek tahun akhir.

Cara mendapat page views yang tinggi
Saya berharap Sayidah dapat menulis entri berkaitan dengan blog beliau. Saya begitu kagum dengan pencapaian blog beliau kerana page views nya sudah mencecah 8 juta. Mungkin ada tips yang diamalkan semasa memilih tajuk entri dan menulis entri untuk blog.

Tiga tajuk di atas merupakan cadangan yang ingin saya berikan kepada Sayidah. Semoga salah satu tajuk di atas terpilih dan mudah-mudahan The Wonderful Jannah dapat berada dalam bloglist special Sayidah Napisah.

*Tarikh tutup untuk 8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah ini ialah pada 26 Januari 2019 dan pemenang akan dipilih secara rawak. All the best untuk semua peserta. 

Comments

  1. Good luck..hebat View blog dia..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Cikgu Etuza. View blog dia memang tinggi.

      Delete
  2. Gud luck.. all the best ya :) #22

    ReplyDelete
  3. Thank you, JM. All the best juga untuk segmen ni.

    ReplyDelete
  4. Thank you, Kak. Saya akan join segmen akak nanti😊

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya. Join jugak, jemput singgah.

    http://jombercontest.blogspot.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Saya akan buat kunjungan balas ke blog Hani😊

      Delete

Post a Comment