Orang Asli di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Sejak zaman persekolahan lagi, kita diberitahu bahawa Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun sudah lama menetap di Malaysia, ada sesetengah rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui kewujudan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Salah satunya Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Jadi, marilah kita bersama-sama menambah ilmu pengetahuan tentang Orang Asli.

Orang Asli merupakan salah satu etnik bumiputera di Semenanjung Malaysia. Ada sesetengah orang yang menganggap Orang Asli merupakan sebahagian etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya yang duduk di bandar atau di negeri-negeri yang tidak ramai Orang Asli. Malah, ada yang tidak mengetahui bahawa Orang Asli merupakan rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan anda, majoriti Orang Asli boleh ditemui di negeri Pahang, Perak, Kelantan dan sebagainya.

Terdapat tiga kumpulan utama bagi etnik Orang Asli iaitu Melayu Proto, Senoi dan Negrito dan setiap kumpulan mempunyai enam suku kaum. Jadi, secara keseluruhannya terdapat 18 suku bagi Orang Asli. Namun, suku kaum yang berada di setiap negeri adalah berbeza. Akta Orang Asli 1954 meyatakan bahawa seseorang boleh diiktiraf sebagai Orang Asli dalam tiga keadaan:

a) bapanya merupakan ahli daripada etnik Orang Asli yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan Orang Asli, termaksuklah individu yang berketurunan melalui orang itu;
b)anak mana-mana kaum yang telah diambil sebagai anak angkat Orang Asli semasa bayi dan dibesarkan sebagai Orang Asli, lazimnya dengan bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli; atau
c)anak daripada mana-mana penyatuan perempuan Orang Asli dan seorang lelaki daripada suatu  kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli

Namun, mana-mana Orang Asli yang sudah tidak mengamalkan kepercayaan Orang Asli kerana memeluk mana-mana agama masih lagi diiktiraf sebagai Orang Asli.

Semoga maklumat ini dapat membantu kita semua untuk lebih mengetahui tentang Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Marilah bersama-sama mengekalkan keharmonian kaum di negara kita yang berbilang kaum ini dengan saling menghormati antara satu sama lain.


Comments

  1. Orang Asli penduduk asal di Malaysia kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Yea. Tapi masih ramai yang tak tahu tentang Orang Asli.

      Delete
  2. My ex-lecturer is an Orang Asli. Garang juga orangnya....hihi 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun Orang Asli, Cik Suerin. Tapi tak pernah lagi belajar dengan lecturer Orang Asli😅.

      Delete
  3. Perkongsian yang bagus.. dekat tempat kerja akak nie pun ada juga..

    ReplyDelete

Post a Comment