Hai, adik-adik lepasan SPM.
Memandangkan permohonan untuk UPUOnline akan dibuka tidak lama lagi, iaitu sekitar bulan Februari sehingga April, saya ingin kongsikan tips yang boleh digunakan untuk membuat permohonan. Bagi yang tidak begitu pasti apakah UPUOnline, sila baca hingga akhir entri ini.
UPUOnline merupakan satu medium yang digunakan untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier. Bagi siapa yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (Uitm) dan universiti awam yang lain, anda perlu membuat permohonan melalui UPUOnline. Untuk meningkatkan peratusan permohonan anda akan diterima, boleh lah cuba tips di bawah.
Beli nombor pin UPU
Nombor pin UPU boleh dibeli di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kebiasaanya harga nombor pin tersebut kurang daripada RM 20 (harga mungkin berubah dari semasa ke semasa). Anda boleh membelinya di kaunter, melalui ATM BSN dan sebagainya. Namun, bagi yang tiada pengalaman ataupun tiada orang terdekat yang berpengalaman tentang hal ini, adalah disarankan untuk membeli secara terus di kaunter supaya mudah untuk anda bertanya jika ada apa-apa yang tidak difahami. Pastikan anda membawa kad pengenalan semasa membuat pembelian nombor pin. Jika anda membuat pembelian melalui ATM BSN, pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan yang betul. Sebaik-baiknya beli awal nombor pin tersebut dan simpan di tempat yang selamat.
Membuat permohonan pada masa yang sesuai
Waktu yang sesuai untuk membuat permohonan UPUOnline adalah selepas keputusan SPM diumumkan supaya anda dapat membuat pemilihan bidang pengajian yang sesuai dengan keputusan anda. Namun, jangan mebuat permohonan terlalu lewat kerana kemungkinan anda akan menghadapi masalah untuk log in ke laman web UPU kerana ramai yang cuba untuk akses laman web tersebut pada masa yang sama. Selain itu, elakkan membuat permohonan UPUOnline ketika awal permohonan dibuka kerana anda tidak tahu bidang pengajian apakah yang sesuai dengan anda dan kemungkinan besar anda harus menukar pilihan anda selepas keputusan SPM diumumkan.
Buat draf untuk senarai bidang pengajian dan universiti
Setelah anda mendaftar di laman web UPU, anda boleh melihat senarai bidang pengajian daripada universiti yang berbeza dan sesuai dengan aliran yang anda ambil semasa SPM (sains/kemanusiaan). Setelah melihat pilihan yang ditawarkan senarai pendekkan pilihan yang kemungkinan besar anda akan mohon kemudian.
Buat research tentang bidang pengajian yang anda ingin mohon
Anda boleh mendapatkan maklumat seperti kelayakan kemasukan, polisi universiti, struktur pengajian dan sebagainya daripada laman web universiti, blog mereka yang belajar di universiti tersebut, ahli keluarga dan guru-guru. Pada zaman teknologi maklumat ini, ramai pelajar universiti yang berkongsi pengalaman mereka di universiti di blog masing-masing. Kalau anda ingin bertanya di ruangan komen atau emel mereka, sila berbuat demikian.
Bandingkan keputusan anda dan kelayakan kemasukan ke universiti
Tolong ambil perhatian dengan tips ini yang merupakan salah satu perkara yang penting apabila ingin membuat permohonan UPU. Anda dinasihatkan untuk memilih bidang pengajian dengan kelayakan kemasukan yang sama atau lebih rendah daripada keputusan anda. Contohnya, jika kelayakan kemasukan untuk TESL (Teaching English As Second Language) adalah A dan keputusan anda cuma B- untuk bahasa Inggeris, lebih baik anda memilih bidang pengajian yang lain. Memang betul rezeki itu di tangan Tuhan tetapi apabila keputusan anda tidak mecapai syarat kemasukan yang ditetapkan, peratusan untuk permohonan anda diterima amat tipis kerana ada pelajar yang mendapat A+ juga ditolak permohonannya.
Tetap pendirian apabila telah membuat keputusan
Kebiasaanya para pelajar hanya boleh mengemaskini permohonan mereka sebanyak tiga kali. Oleh itu, fikir masak-masak sebelum anda membuat pilihan. Setelah anda lakukan tips di atas, sebaik-baiknya kekal lah dengan pilihan anda. Elakkan daripada kerap menukar pilihan kerana terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling.
*Pemilihan bidang pengajian yang tidak menepati syarat kemasukan menyebabkan ramai pelajar tidak menerima tawaran apabila keputusan UPUOnline diumumkan. Walau bagaimanapun, tidak salah untuk anda mencuba kerana jika ada rezeki anda, pasti permohonan anda akan diterima.

wah rugi adik2 yang nak masuk U tetapi nanti terlepas peluang dek kerana tak tahu buat tindakan after SPM result di hebahkan..pastikan baca tips dari JR ni ya
ReplyDeleteItulah ramai yang tersalah langkah. Ada berlaku kepada beberapa kenalan saya. Biasanya remaja ni cenderung ikut kawan-kawan dan ramai yang tak buat research dulu.
DeleteNak isi UPU ni kena teliti dulu course apa yg sesuai dan minat. Nak2 lagi ahli keluarga yg tak ada pengalaman dalam isi mengisi ni. Moga tips ni bermanfaat untuk adik2 lepasan SPM. Jangan tersalah pilih. Nanti menyesal di kemudian hari tidak berguna :)
ReplyDeleteBetul tu, kena teliti dalam buat pilihan. Tak boleh main isi je.
DeleteInfo yang cukup bermanfaat buat adik2 lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA. Good sharing JR 😎
ReplyDeletedekat 11 tahun isi borang UPU ni. lamanya kenangan sangat. hihi btw goodluck semua
ReplyDeleteIngat lagi ye, Kak Shu hihi. Semoga adik-adik lepasan SPM fikir masak-masak sebelum membuat pilihan.
DeleteNice tips Jannah.. Zaman kak sha dulu tak adalah susah camnie.. kikiki..
ReplyDeleteSekarang macam-macam prosedur kena ikut untuk mohon kemasukan ke universiti.
Delete