BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

Giveaway Birthday by Yaya Azura
Pada 3 Februari yang lalu, saya mendapat tahu bahawa blogger Yaya Azura menyambut ulang tahun kelahirannya dan terdapat giveaway yang dianjurkan. Yaya Azura merupakan blogger yang baru saja saya kenali iaitu, ketika beliau menyertai segmen bloglist by The Wonderful Jannah yang saya anjurkan.

Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada blogger Yaya Azura, saya ingin menyertai giveaway  yang dianjurkan oleh beliau. Antara syaratnya ialah anda perlu follow blog dan media sosial beliau serta membuat ucapan hari lahir yang ringkas. Namun, syarat follow akaun Google+ tidak wajib lagi kerana Google+ bakal ditutup tidak lama lagi.

Kalau anda ingin sertai giveaway ini, boleh klik banner di atas. Marilah baca ucapan hari lahir yang saya ingin tujukan kepada Kak Yaya.

Warkah hari lahir buat Yaya
Selamat hari lahir, Kak Yaya. Walapun kita baru sahaja kenal, tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana Kak Yaya sudi menjadi rakan blogger dan follower di blog dan juga Instagram. Sempena hari lahir Kak Yaya ini, saya harapkan akak dapat mencapai perkara-perkara di bawah:
1. Semoga Kak Yaya diberikan kesihatan yang baik
2. Semoga Kak Yaya dipanjangkan umur agar terus dapat berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
3. Semoga Kak Yaya dikurniakan kebahagiaan di samping orang yang tersayang.
4. Semoga Kak Yaya terus istiqamah dalam membuat kebaikan.
5. Semoga Kak Yaya diberikan idea untuk terus menulis di blog.
6. Semoga Kak Yaya dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan.

Yang ikhlas,
Jannah Ramli

*Tarikh tutup untuk Birthday Giveaway by Yayaazura.Com ini ialah pada 28 Februari 2019. Jadi, cepatlah sertai mana tahu kita antara 9 individu yang bertuah untuk menerima hadiah pemberian Yaya. 

Comments

  1. Gudluck Jannah.

    Yea tag Jannah di GA ni : https://yea-slmn.blogspot.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Yea. Mudah-mudahan ada rezeki Yea untuk menang GA tu.

      Delete
  2. Terima kasih Jannah sudi turut serta dan terima kasih juga atas ucapan. Good luck!

    ReplyDelete
  3. good luck datang dari GA yang sama

    ReplyDelete

Post a Comment