Semua orang mengimpikan untuk mepunyai kisah cinta yang indah. Tetapi tidak semua diberikan peluang untuk merasainya. Ada yang sudah bercinta bertahun-tahun tapi terkandas di tengah jalan. Ada yang sampai ingin membunuh diri kerana kecewa dalam bercinta. Bukan senang untuk melupakan seseorang dan move on tapi bukan bermakna anda tidak perlu mencuba. Jangan fikirkan anda boleh atau tidak. Cuba dulu sebelum anda menilai kemampuan diri anda. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Tuhan.
Jangan salahkan takdir Tuhan
Satu kesilapan yang sering orang putus cinta lakukan adalah menyalahkan takdir dan tidak menerima ketentuan Tuhan. Apabila anda mula mempertikaikan kenapa anda yang dipilih untuk menjalani ujian ni, anda sebenarnya membawa diri anda jauh daripada perkataan 'move on'. Sebaik-baiknya anda berfikiran positif dan menganggap anda dan dia tiada jodoh.
Jauhkan diri daripada lagu/drama/filem yang sedih
Kadang-kadang secara kebetulannya ada lagu sedih seperti lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi berkumandang di radio apabila anda putus cinta. Tindakan yang harus anda lakukan adalah terus tukar ke siaran lain walaupun anda sangat minat penyanyi tersebut. Banyakkan mendengar lagu atau menonton cerita yang gembira. Nak tonton cerita Upin dan Ipin pun tak ada masalah. Jangan sesekali beri peluang untuk diri anda dikelilingi aura negatif dan sedih.
Hindari semua perkara tentang dia
Salah satu cara untuk move on adalah buang semua benda yang berkaitan dengan ex anda. Buang semua gambar atau video dalam telefon anda (jangan tinggal walaupun satu dengan alasan sebagai kenangan). Kalau boleh, unfollow atau block dia di media sosial untuk mengelakkan anda stalk dia secara sengaja atau tidak sengaja. Jangan lupa padam semua perbualan anda dengan dia. Tak perlu terkenangkan memori indah semasa bercinta. Kalau delete nombor dia daripada senarai kenalan lagi bagus.
Cari kawan yang boleh dipercayai
Apabila anda menghadapi saat yang sukar dalam hidup, anda memerlukan seseorang yang dapat mengurangkan beban yang anda rasakan. Carilah kawan yang boleh dipercayai dan boleh memberikan nasihat kepada anda. Kawan yang baik akan membimbing anda ke arah kebaikan dan berusaha sebaik mungkin untuk bantu anda move on.
Dekatkan diri dengan Tuhan
Mungkin selama ini anda terlalu sibuk bercinta dan semakin jauh dari Tuhan. Sedarkah anda bahawa Dia lah yang menghadirkan cinta dalm hidup anda dan Dia jugalah yang mampu menarik kembali cinta daripada hidup anda. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan jangan terlalu sayangkan seseorang kerana satu hari nanti mungkin orang itu yang kita paling benci.
Sibukkan diri
Bagi yang masih belajar, lebihkan masa dengan kawan-kawan untuk study group daripada anda termenung mengenang nasib di dalam bilik hostel. Anda juga boleh sibukkan diri dengan aktiviti kelab/persatuan. Bagi yang sudah bekerja, mungkin anda boleh pergi bersukan selepas waktu kerja.
Buang barang pemberian
Biasanya zaman bercinta, banyak hadiah yang anda dapat. Jadi, masukkan semua barang itu dalam satu kotak dan buang. Kalau barang-barang tersebut masih elok lagi, anda boleh berikan kepada orang yang lebih memerlukan. Macam mana nak move on kalau anda masih simpan teddy bear yang diberikan oleh dia? Lepas tu, tiap-tiap malam tenung teddy bear tu sebelum tidur. Silap-silap dah lima tahun pun masih belum move on.
Jangan letakkan harapan untuk hubungan anda dan dia
Berfikiran positif tu satu perkara yang bagus tapi hanya dalam situasi yang tertentu. Jangan sekali-kali mengharapkan anda dan dia dapat kembali bersama. Apabila anda terlalu berharap, anda akan ternanti-nanti bilakah harapan itu akan menjadi kenyataan. Buang harapan itu jauh-jauh dan move on terutama sekali bila dia gunakan ayat "awak terlalu baik untuk saya".
Maafkan dia
Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar. Perkara yang penting adalah anda maafkan dia dan jangan sesekali berdendam. Kemaafan yang ikhlas dari hati memang susah untuk diberi tapi kalau anda berupaya untuk melakukannya, anda lebih mudah untuk move on.
Sertai kerja-kerja amal
Dengan menyertai kerja-kerja amal, anda bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan tetapi anda juga membantu diri sendiri. Apabila anda melihat kehidupan orang lain yang lebih susah dan dugaannya yang lebih besar, anda akan sedar bahawa masalah cinta anda tidak seberapa besar sebenarnya.
Banyakkan masa dengan keluarga
Mungkin sebelum ini anda banyak menghabiskan masa dengan kerja dan pelajaran sehingga kurang masa dengan keluarga. Jadi, ambil peluang untuk sering habiskan masa di rumah dengan ahli keluarga anda. Ingatlah bahawa keluarga adalah orang yang akan sentiasa bersama dengan anda tidak kira ketika susah dan senang.
Doakan yang baik-baik
Jangan sesekali meminta perkara yang tidak baik terjadi kepada ex anda. Doakan agar dia bahagia dengan hidupnya dan mudah-mudahan dia juga mendoakan yang baik-baik untuk anda.
Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman bercinta, tetapi tips yang ingin saya kongsikan berdasarkan pemerhatian terhadap orang sekeliling dan juga pengalaman memberikan nasihat kepada rakan-rakan. Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu anda untuk move on. Ingatlah bukan anda seorang saja yang merasai pengalaman ini dalam hidup. Bersyukurlah kerana Tuhan memilih anda untuk menjalani ujian ini dan pastinya setiap ujian yang diberikan akan disertakan dengan ganjaran bagi sesiapa yang berjaya melepasinya. Jika ada ahli keluarga atau rakan anda yang mengalami situasi ini sekarang, bantulah mereka dengan memberikan sokongan untuk mereka move on.
Good advice ๐
ReplyDelete๐๐๐
Deleten diri dengan hobi dan minat.Fokus pada matlamat hidup dan cita2.Konfem dapat lupa.Paling penting dekatkan diri dengan Allah,kan?
ReplyDeleteBetul tu, Nabila.
DeleteWow tips move on ๐คฃ Terbaik nih! Hehehe
ReplyDelete๐Khas untuk yang baru putus cinta๐
Deletecari sahaja yang baharu seperti bidalan lama...bunga bukan sekuntum atau kumbang bukan seekor..
ReplyDeletep/s: menarik gaya penulisan awak (thumb up from me)
Betul tu, kena cari pengganti.
Deletedoakan yg baik2. Insyaallah..
ReplyDeleteBetul tu๐
Delete