EXPERIENCE: Pertama kali masak rendang ayam

Walaupun raya lambat lagi, tapi tiba-tiba rasa nak makan rendang ayam. Saya dah cuba beberapa rendang yang dibeli di kedai. Namun, tidak memenuhi citarasa sebab rasa pedas mengatasi segala-galanya. Jadi, saya ambil keputusan untuk cuba masak rendang sendiri.

Sebelum ni pernah juga masak rendang tapi dengan bimbingan. Kali ini pertama kalinya saya cuba masak rendang sendiri. Disebabkan banyak sangat bahan yang diperlukan untuk masak rendang dan saya baru pertama kali mencuba, saya hanya beli pes rendang yang dijual di pasar raya dan kerisik.

Agak mudah sebenarnya untuk masak rendang dengan menggunakan pes rendang tersebut, hanya perlu ikut resepi yang diberikan. Memandangkan susah nak dapatkan santan segar dan saya tidak mahu makan makanan yang terlalu berlemak, saya tidak menggunakan santan untuk masak rendang ayam.

Pada mulanya saya ingin masukkan 2 sudu pes rendang sahaja tetapi bakinya hanya tinggal sedikit dan saya tidak tahu bila lagi saya akan gunakan pes itu, jadi saya masukkan satu paket. Ayam tu saya saja potong kecil-kecil supaya nampak banyak. Bila tengok gambar di bawah rendang tu nampak menyelerakan tapi kalau nak tahu macam mana rasanya mesti baca entri ini sampai habis.

Rendang ayam tanpa santan

Ketika pertama kali rasa rendang itu, saya menyukainya kerana rasanya tidak seperti rendang yang pernah saya beli di kedai. Untuk yang pertama kali masak rendang seperti saya, sudah dikira sedap rasanya. Tomato ceri dan salad tu untuk hiasan supaya nampak lebih cantik dalam gambar. 

Namun, lama-kelamaan rasa pedas mula datang dan rasanya seolah-olah rendang yang pernah saya beli sebelum ini. Perbezaannya ialah rasa pedas untuk rendang ini agak lambat terasa. Selepas itu, saya rasakan tahap kemasinannya telah melepasi tahap yang saya mampu untuk makan. Jadi, saya hanya makan ayam sahaja dan lebihan rendang itu saya gunakan untuk masak makanan lain. Kalau nak tahu, nantikan entri yang akan saya update  tidak lama lagi. 

Walaupun masih tidak berjaya dalam misi mencari rendang yang kena dengan selera saya, tapi sekurag-kurangnya dapat jugalah makan rendang ayam ayam. Mungkin rasanya tidak kena dengan citarasa saya tetapi kena dengan citarasa anda. Bagi yang kesuntukan masa untuk memasak atau baru sahaja ingin belajar memasak rendang, saya sarankan untuk gunakan pes rendang yang dijual di pasar raya kerana mudah dan menjimatkan masa. 

Comments

  1. Nampak menyelerakan. Hehe. Selalu tolong nenek dan ibu je masak rendang. Belum penah jugak masak sdiri hihi.

    ReplyDelete
  2. Rajinnya mencuba! Macam saya, memang tak pandai masak masakan Melayu sangat sebab tak rajin nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rajin cuba masak makanan yang saya minat je. Kalau yang tak berapa minat tu, faham-faham jelah😂

      Delete
  3. Akak kalau masak rendang, memang pakai pes je.. bukan takat kat pasar raya.. kat pasar basah pun dah ada orang jual pes nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, tak pernah lagi beli kat pasar basah. Maklumlah student jarang jejakkan kaki ke sana 😅. Kalau kat rumah biasanya, mak tak gunakan pes. Memang pertama kali saya beli pes tu.

      Delete
  4. Nampak sedap! Aduuhh tiba-tiba rasa macam nak makan rendang ayam dan pulut kuning 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu apa lagi, Cik Suerin. Boleh lah pergi cari bahan-bahan nak masak rendang😂.

      Delete
  5. sedapnya rendang regu dengan ketupat daun palas :)

    ReplyDelete

Post a Comment