Jualan Penghabisan Stok Popular di Berjaya Megamall Kuantan

Popular Book Co. (,M) Sdn Bhd mengadakan jualan penghabisan stok yang bertempat di Ground floor, Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang. Jualan ini bermula pada 22 Mac 2019 dan bakal berakhir pada 31 Mac 2019. Terdapat tiga jenis jualan utama, iaitu buku, makanan, gajet/barang IT.

Memandangkan saya merupakan minat tegar buku terutamanya novel, sudah semestinya jualan buku yang menarik perhatian saya. Walaupun tidak bercadang untuk ke kedai buku Popular bagi membeli novel pada hari tersebut, tetapi terbeli juga disebabkan harga runtuh. Saya tidak tahu mengenai jualan ini sebenarnya. Namun, disebabkan telah ternampak ada jualan berlangsung, saya mengambil keputusan untuk melihat apa yang menarik. 

Harga bagi novel-novel lama sangatlah murah. Bagi novel baru, terdapat diskaun dalam 20%. Terdapat juga promosi untuk majalah, iaitu 3@RM10 tetapi semuanya adalah majalah lama. Kalau anda ingin mencari majalah atau buku yang sudah lama diterbitkan dengan harga yang rendah, anda disarankan untuk berkunjung ke jualan penghabisan stok ini.

Selain buku-buku bahasa Melayu, terdapat juga buku bahasa Inggeris dan bahasa Cina yang dijual. Kebanyakan buku yang dijual masih berada dalam keadaan baik meskipun sudah lama diterbitkan. Jadi, anda tidak perlu risau dengan kualiti buku yang dijual. 

Setelah melihat semua buku yang dijual, saya membeli enam buah buku yang terdiri daripada sebuah novel Melayu dan lima buah buku bahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris tersebut dijual dengan harga RM 20 untuk lima buah buku. Jika anda hanya ingin membeli satu buku, harganya ialah RM 10. 

Buku-buku yang dibeli
Sampai sini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi dalam entri yang lain.

Comments

  1. Psiko tu memang best.. Tak sabar nak baca review Jannah..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang sangat murah bagi buku-buku lama. Buku baru pun ada diskaun juga.

      Delete
  3. 30 days to social media success. Wow menarik buku tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Saya beli sebab ada kaitan dengan blogging tapi belum habis baca lagi😅

      Delete

Post a Comment