Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed
Hai, semua.
Hari ini saya ingin menyertai giveaway yang dianjurkan oleh  Kak Sha. Pada 29 April lepas, saya ternampak di reading list tentang giveaway beliau. Memandangkan hadiah yang ditawarkan  ialah buku (karya Maria Kajiwa), jadi saya pun terus terasa nak sertai. Kepada yang sudah lama mengikuti blog ini, anda pasti tahu bahawa saya memang suka membaca. Tapi dah lama tak buat review novel sebab kekangan masa.

Saya tak sempat untuk menulis entri pada hari pertama giveaway tersebut dilancarkan kerana komitmen terhadap pengajian iaitu kena study untuk kuiz. Apabila sudah selesaikan perkara yang penting, saya pun meluangkan sedikit masa untuk menulis entri ini.

Baiklah, kembali kepada topik asal. Syarat-syarat yang diletakkan untuk giveaway ini sangat mudah. Anda hanya perlu follow blog dan Instagram @kasih_shadz. Saya dah lama follow Kak Sha kerana beliau merupakan antara rakan blogger saya yang terawal. Saya mengenali beliau ketika mula-mula menceburi dunia blogging pada tahun lalu.

Selepas dah follow Kak Sha, jangan lupa untuk tulis entri dan backlinkkan ke entri yang asal. Boleh klik banner di atas untuk sertai. Disebabkan saya sudah pernah membuat review tentang blog Kak Sha, saya tidak membuat review blog seperti kebiasaannya.

Untuk pengetahuan anda, Maria Kajiwa merupakan salah satu penulis yang saya minat bagi novel bergenre seram. Jadi, saya nak tahu bagaimana cara penulisan beliau untuk buku yang bergenre lain. Mudah-mudahan ada rezeki saya untuk memenangi buku karya beliau.

Semoga berjaya untuk para peserta dan jangan lupa blogwalking  ke blog peserta lain juga.

*Tarikh tutup untuk Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed ialah pada 10 Mei 2019. Kepada peminat-peminat buku, jangan lepaskan peluang untuk sertai giveaway ini. Anda mungkin salah seorang daripada 8 pemenang.



Comments

  1. Terima kasih, WP. Mudah-mudahan begitulah.

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi baca buku karya Maria Kajiwa. boleh join Giveaway ni nanti hehehe.

    goodluck Jannah!

    ReplyDelete
  3. SINGGAH DARI GA YG SAMA
    ALL THE BEST
    https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2019/05/giveaway-ramadhansyawal-2019-oleh-sha.html

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dear..
    good luck juga!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih..
    Sha dah update penyertaan ye.

    ReplyDelete
  6. jalan2

    https://belogsjm.blogspot.com/2019/05/giveaway-ramadhansyawal-2019-oleh-sha.html

    ReplyDelete
  7. blogwalking dari GA yang sama, goodluck :D
    https://fws00blog.blogspot.com/2019/05/giveaway-ramadhansyawal-2019-oleh-sha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih😊. All the best untuk GA ni.

      Delete
  8. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    Jom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/
    . Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    . Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    . Komen yang baik2 sahaja ye..
    . Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  9. all the best sis.. saya singgah n follow sini ya!
    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Terima kasih sudi follow blog ni😊.

      Delete

Post a Comment