Segmen Bloglist Fizacrochet

Ketika blogwalking di blog Kak Atyy (peserta Segmen Blogwalking TWJ April 2019) hari ini, saya ternampak pencarian bloglist yang dianjurkan oleh blog Fizacrochet. Kepada yang berminat untuk menyertai segmen ini, anda harus follow blog beliau terlebih dahulu.

Kalau anda rasa tiada idea untuk menulis entri bagi pencarian bloglist ini, tidak usah risau kerana tidak wajib untuk anda menulis entri. Anda boleh terus tinggalkan komen bersama link blog anda. Sila klik banner di atas untuk tahu lebih lanjut tentang segmen tersebut.  Kepada yang sudah lama mengikuti blog saya, pasti anda sudah tahu bahawa sudah menjadi kebiasaanya untuk saya membuat review tentang blog yang menganjurkan segmen tersebut. Jadi, marilah baca sedikit review tentang blogger yang menganjurkan segmen dan blognya.

Penulis blog:
Penulis blog bernama Fiza dan merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata. Kalau dilihat di blog beliau, saya dapati bahawa beliau telah menceburi dunia blogging sejak tahun 2011. Selain blogging, beliau juga ada mengambil tempahan mengait. Sejujurnya, saya baru sahaja mengenali beliau. Jadi, tidak begitu banyak yang saya tahu tentang beliau. 

Review blog:
Saya mendapati bahawa template yang digunakan oleh blog Fizacrochet sangat simple. Backgroundnya berwarna putih dan disertai dengan warna jingga. Saya dapati bahawa blog tersebut tidak hanya fokus pada satu niche. Nampaknya konsep lebih kurang macam The Wondeful Jannah, macam-macam topik ada. Drama, resepi, makanan dan sebagainya boleh didapati di blog Fizacrochet. Saya rasakan topik yang diketengahkan oleh blog tersebut sesuai dengan minat saya.

*Segmen Bloglist Fizacrochet ini bakal berakhir pada 26 April 2019. Jom kita ramai-ramai sertai segmen ini dan tambahkan kenalan baru. 

Comments

  1. assalamualaikum Jannah... ini 1st time sis datang sini so sis terus follow... ada masa jemput singgah blog sis juga ya.. TQ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Kak. Terima kasih sudi singgah ke sini. Saya akan berkunjung ke blog akak nanti ya😊.

      Delete
  2. selamat bersegmen.. goodluck :)

    ReplyDelete

Post a Comment