Hari ini saya kembali dengan bab 3 bagi e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali dan book cover untuk e-novel tersebut. Bagi yang tertunggu-tunggu sambungannya, dipersilakan untuk membacanya. Kepada yang baru di blog ini, anda harus membaca bab-bab sebelumnya (klik sini untuk baca). Sebelum baca e-novel tersebut, mari lihat covernya terlebih dahulu.
E-NOVEL: Kan Kutunggu Kau Kembali |
Pada malam itu, Aqil tidak dapat
tidur apabila memikirkan bagaimana dia ingin memberitahu Eshal bahawa dia
dinaikkan pangkat dan harus bertugas di luar negara. Dia risau dengan reaksi
yang akan diberikan oleh Eshal. Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di
atas meja berhampiran katilnya lalu melihat gambar mereka ketika sambutan hari
lahirnya dua bulan yang lalu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aqil agak sibuk memandangkan ada
client dari Jepun datang membuat
lawatan. Memandangkan dia belajar bahasa Jepun di universiti dan boleh bertutur
dalam bahasa tersebut, dia ditugaskan untuk melayan client itu. Jadualnya memang agak padat sehingga sudah beberapa
hari dia tidak bertemu Eshal kerana banyak mesyuarat yang harus dihadiri. Waktu
makannya juga tidak menentu. Selalunya dia yang menasihati Eshal supaya makan
mengikut waktu tetapi sekarang ini dia pula yang bertindak sebaliknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eshal yang sedang menikmati
makan tengah hari memikirkan tentang Aqil. Dia berasa rindu untuk melepak
dengan Aqil. Bosannya apabila tiada Aqil. Rasa tak lengkap hari-hari aku.
Apalah yang dia sedang buat sekarang ni? Dia ingat tak hari ni lahir lahir dia
sebenarnya?
“Cukup-cukuplah teringatkan Aqil
tu, Eshal,” tegur Rania. Dia dapat melihat yang Eshal agak kebosanan apabila
tidak dapat berjumpa rakan baiknya itu. Jika tidak, pasti ada saja cerita
tentang Aqil yang dikongsikan dengan Rania ketika mereka keluar makan.
“Aku tengah fikirkan tentang
sambutan birthday Aqil. Dia sibuk
sangat sampai lupa hari ni hari lahir dia. Aku ingatkan nak ajak dia keluar
untuk celebrate,” jawab Eshal.
“Dia kan pekerja kesayangan bos
memanglah selalu dapat kepercayaan untuk handle
client yang penting untuk syarikat. Oh, hari ni hari lahir dia. Apa kata
kita buat prank pada Aqil? Aku boleh minta tolong budak-budak office.”
“Nak prank apa? Aku tak pandai
bab-bab macam ni.”
Setelah mendengar cadangan
Rania, Eshal bersetuju.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada pukul 8 malam, barulah Aqil
dapat pulang ke rumah. Ketika mengemas meja kerjanya, dia teringat tentang
Eshal. Lama rasanya tak keluar dengan Eshal. Mesti dia merajuk sebab aku tak
ada masa untuk dia dua tiga hari ni. Nak ajak dia keluarlah, kata Aqil di dalam
hati.
Aqil mengambil kunci kereta,
telefon pintarnya dan beberapa dokumen yang perlu dibawa pulang. Setelah menutup
lampu dan mengunci pintu pejabatnya, dia berjalan menuju ke lif untuk turun ke
lobi.
Sementara menunggu lif untuk
sampai ke lobi, Aqil memeriksa telefon pintarnya untuk melihat jika ada
sebarang mesej baru. Apabila pintu lif terbuka, Aqil ternampak kelibat
seseorang. Dia tidak pasti siapakah orang itu kerana orang itu sudah pergi ke
lorong yang lebih tersorok di mana terdapat tangga kecemasan.
Siapa pula yang datang pejabat
malam-malam ni? Kalau staf kat pejabat ni, kenapa dia tak gunakan lif untuk
naik ke atas? Mungkin pengawal keselamatan yang sedang buat rondaan. Fikir
positif sajalah, Aqil.
Aqil meruskan langkahnya ke
tempat parkir kereta. Dia tidak mahu membazir masa kerana dia bercadang untuk
mengajak Eshal keluar. Dia tersenyum dan menegur Faizal yang merupakan pengawal
keselamatan di tempat kerjanya.
“Hai, Faizal. Bertugas seorang
sahaja ke malam ni?” tanya Aqil.
“Eh, abang. Taklah, ada pengawal
lain juga yang bertugas malam ni. Tapi saya ditugaskan untuk meronda di kawasan
parkir kereta ni. Lambat abang balik hari ni. Biasanya pukul 5 lebih dah balik,”
kata Faisal.
“Bukan saja-saja nak balik
lambat. Abang sibuk sikit dua tiga hari ni. Maklumlah ada client dari Jepun datang ke mari. Nak makan pun tak sempat,” jelas
Aqil.
“Oh, macam tu ceritanya. Saya
ada dengar juga tentang client dari
Jepun tu. Okaylah, bang. Saya kena
sambung buat rondaan. Nanti bos kata saya curi tulang pula.” Faisal meminta
diri untuk menyambung tugasnya.
“Eh, jap. Abang ada sesuatu nak
tanya. Ada orang yang datang pejabat ke? Tadi abang macam nampak ada orang guna
tangga untuk naik ke tingkat atas.”
Faisal cuba
mengawal riak wajahnya dan menjawab pertanyaan Aqil dengan tenang.
“Tak
pastilah, bang. Saya baru saja mulakan rondaan. Mungkin ada yang tertinggal
barang di pejabat ataupun abang salah nampak sebab abang keletihan sangat. Muka
abang pun nampak macam kepenatan. Lebih baik abang balik berehat dulu. Esok pagi
kena datang kerja semula.”
“Baiklah.
Abang minta diri dulu.” Aqil terus berjalan menuju ke kereta.
Faisal
terus bercakap dengan seseorang menggunakan walkie talkie setelah Aqil beredar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eshal sudah bersedia untuk
memulakan rancangannya dengan beberapa rakan pejabat yang lain. Dia mengambil
telefon pintarnya lalu mendail nombor Aqil.
“Hello, Qil. Tolong aku,” ujar
Eshal sambil menangis.
Aqil yang cemas mendengar suara
Eshal seperti sedang menangis terus bertanya lokasinya.
“Shal, kau kat mana? Apa dah
jadi?”
“Aku kat tepi jalan sekarang ni.
Gastrik aku tiba-tiba datang sampai aku tak boleh fokus untuk memandu. Mungkin
sebab aku tak makan lagi. Aku takut Qil sebab tempat ni gelap dan sunyi. Lepas tu,
aku nampak ada mat rempit melepak dekat area
ni. Kau ingatkan jejantas yang kita lalu kalau nak pergi ke rumah aku? Aku
ada kat situ, depan pondok bas. ” Bukan main lagi Eshal membuat cerita walaupun
dia kata dia tidak pandai prank orang.
“Ok, aku pergi sekarang.
Pastikan kau kunci pintu dan jangan buka kalau ada orang lain datang.” Aqil
terus ke keretanya dan memandu ke tempat yang dinyatakan oleh Eshal. Dia
sungguh risau akan keselamatan Eshal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Semua bersedia sebab Aqil dah
dalam perjalanan ke sini. Eshal akan tunggu dengan kita kat atas jejantas ni.
Bila dia sampai, semua nyanyi lagu Happy Birthday dan Eshal akan bawa kek.
Lepas tu, kita semua pura-pura nak balik rumah. Eshal akan bawa Aqil pergi ke
restoran untuk kejutan yang seterusnya,” jelas Rania kepada semua yang berada
di situ.
“Kau rasa boleh berjaya ke,
Rania?” tanya Eshal.
“Aku yakin mesti berjaya. Kau
tengoklah nanti. Kau mesti berterima kasih pada aku,” jawab Rania.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aqil berasa lega apabila melihat
kereta Eshal di depan pondok bas itu. Dia segera keluar dan menuju ke kereta
Eshal. Apabila melihat tiada orang di dalam kereta itu, dia berasa cemas lalu
mengambil keputusan untuk menghubungi Eshal. Belum sempat dia berbuat demikian,
dia terdengar orang menyanyikan lagu Happy
Birthday.
“Happy birthday to you”
“Happy
birthday to you”
“Happy
birthday to Aqil”
“Happy
birthday to you”
Kelihatan Eshal berjalan
menghampirinya sambil membawa kek. Barulah Aqil sedar yang dia sudah diprank. Sungguh dia tidak sangka bahawa
Eshal akan membuat kejutan seperti ini.
“Shal, kau hutang explanation dengan aku,” kata Aqil
dengan rasa geram.
“Nanti aku bayar hutang tu. Sekarang
ni kau tiup lilin dulu.”
Selepas acara tiup lilin, Rania
dan yang lain meminta izin untuk pulang ke rumah. Aqil mengucapkan terima kasih
kepada mereka atas kejutan yang diberikan.
“Terima kasih semua untuk
kejutan ni.”
“Sama-sama, Encik Aqil. Selamat
hari lahir. ” kata mereka secara serentak.
“Aqil, kami balik dulu ya
memandangkan acara tiup lilin pun dah tamat,” kata Rania.
Rania dan rakan sepejabat Eshal
yang lain berlalu pulang, meninggalkan Aqil dan Eshal sahaja di situ.
“Qil, jom pergi makan sebelum
balik rumah. Aku tak sempat makan lagi sebab sibuk buat preparation tadi. Aku dengar ada satu tempat makan best yang baru buka.”
“Boleh je. Aku follow kereta kau.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah 15 minit memandu, Aqil
dan Eshal sampai ke sebuah restoran. Mereka melangkah masuk dan memilih meja
yang agak terselindung daripada orang ramai. Apabila mereka selesai order makanan, Aqil memulakan bicara.
“Shal, aku minta maaf sebab tak
dapat luangkan masa dengan kau dua tiga hari ni. Aku memang betul-betul sibuk
sampai nak makan pun tak sempat.”
“Tak apa. Aku faham. Aku ada something untuk kau. Terimalah hadiah
yang tidak seberapa daripada aku,” kata Eshal sambil memberikan sebuah bag yang
berisi hadiah.
“Terima kasih banyak-banyak,
Shal. Kau lah satu-satunya orang yang akan sambut hari lahir aku setiap tahun. Pagi
tadi, ibu ada hantar ucapan hari lahir kat aku. Tapi disebabkan terlalu sibuk
aku tak sempat nak reply. Balik
nantilah baru aku telefon ibu.”
“Ibu mesti faham yang kau sibuk.
Kadang-kadang aku rasa kau tu anak ibu, bukan aku. Bila kau ikut aku balik
kampung, mesti aku rasa macam terpinggir. Sayang sangat kat anak angkat dia ni.
Nama pun lebih kurang je. Aqil dan Aqilah,”kata Eshal sambil ketawa.
Apabila
makanan sampai, kedengaran lagu Happy
Birthday dinyanyikan untuk Aqil. Aqil betul-betul terkejut dan tidak
menyangka akan ada kejutan untuk kali kedua. Dia berasa beruntung kerana
mempunyai kawan baik seperti Eshal.
Jadi, macam mana percubaan pertama saya untuk membuat book cover? Cantik ke tidak? Komen di bawah ya. Selamat membaca semua.
*Terima kasih kerana sudi baca karya saya. Jika ada sebarang penambahbaikan yang boleh saya lakukan, sila nyatakan di ruangan komen. Agak-agaknya siapakah yang Aqil nampak tu sebenarnya? Boleh teka di ruangan komen. Nantikan juga bab seterusnya untuk kenal dengan keluarga Eshal.
i like the coverrrr
ReplyDeleteThank you, Ray. First time cuba buat cover buku sendiri.
Delete